Thursday, December 20, 2012

Latihan Industri

Assalammualaikum.^



Budak LI dah masuk keje isnin baru-baru ni.. 4 orang semuanya.. alahai, comel-comel semuanya.. tengok dorng teringat aku masa LI dulu.. sopan habis. 

" Asalammualaikum, kak " - time dtg.

"Rehat dulu kak, akak tak rehat ke?"- time rehat

"Bye, kak, balik dulu."-time balik

Sopan sangat.

Dan budak-budak LI memang semangat giler.. bagi kerja, cepat je siap sampai tak tau nak bagi keje apa lagi..  Time LI memang macam ni, semangat !! Macam aku jgk dulu.. lps dpt keje..semangat tu dah tak sehebat dulu..hikhik

Dah ramai-ramai ni, terasa busy pulak.. melayan dorang.. tak pe la ilmu dikongsi bersama.. dorang nak belajar, kita ajar. Tapi dorng ni bagus.. suka bertanya & ingin tahu.. lbh bagus dari pekerja tetap.. tak tahu tp tak nak bertanya.



p/s : kan bagus kalau keje hari-hari bersemangat mcm budak-budak LI ni..


" Segmen Blogwalking Rilex Cool"

Assalammualaikum.^



Tekan banner


Kelebihan blogwalking :

- Dapat baca info @ cerita best drp blog org 
- Tambah kenalan maya
- Dapat tinggkatkan trafik blog 

Banyak kelebihan blogwalking ni.. tp ni je yg terlintas kat kepala..

Apa kelebihan blogwalking pada korang ?? Jom le join.











Wednesday, December 12, 2012

Kalau dah namanya seni...

Assalammualaikum.^


Seni @ art ni rupanya macam-macam.. Banyak bentuk art ni sebenarnya.. Aku suka sangat-sangat apa-apa jenis art yang sangat-sangat comel & unik. Dalam tahun ni aku ada jugak buat beberapa 'tinjauan' berkenaan art yang orang suka buat. Cari-cari jumpe la quilling art. Ape benda quilling art tu ? Quilling art kira dalam kategori paper art ...art yang daripada hasil gulungan kertas. Ah, susah nak explain. Bayangkan dengan kertas pun orang boleh jadikan salah satu art.. 

dengan berbekalkan kertas je pun..


gulung-gulung, bleh plak jadi mcam ni.. berseni betul kan.. Korang nak tgk lebih2 bleh pergi cepat2 ke miezcraftshop.. dah tgk dtg sini balik ea. Cantik sangat dia punya art works.


Yang ni plak art dari kain felt. Sebuk kot  felt art ni orang buat sampai berjangkit dekat aku.. Orang buat  kau pun sebuk nak buat.. heh. 

Kebanyakkan orang buat key chain.. comel kan.. dulu bahan dia aku siap beli kat Sus n d Felt. Beli bahan asas je.


Baru-baru ni ada jumpe lagi satu art.. dah lama benda ni tapi muncul balik..

 crochet !!

Nampak tak.. punya la berseni sangat.. Pernah fikir tak camne la dorng lilit-lilit je benang kait tu bleh jadi mcm..



ni !! O..o'

Sangat mengundang kejelousan.. Memang dulu kalau tgk nenek-nenek mat salleh je suka mengait kan.. Sekarang tidak lagi.. Org muda pun ada je ler..

Dan sekarang pun aku cuba nak belajar crochet ni.. hikhik..harap-harap menjadi.. doa-doakan kan yer..Amin*eh, belum doa dh amin..




p/s: kagum dgn manusia yg kreatif.. tapi lagi kagum dengan pencipta manusia iaitu Allah s.w.t. Subahanallah. ^_^



Friday, December 07, 2012

orang memang suka bercakap...

Assalammualaikum.^






Kalau asyik dengar kata orang.. hidup tak ke mana. Nak buat tu, orang cakap macam-macam..sudahnya terus tak buat. Sebenarnya keyakinan tu penting. Orang yang suka dgr cakap org lebih banyak drp gerak hati sendiri sebenarnya kurang keyakinan diri. 


Orang bercakap memang senang.. Tapi yang buatnya kita.. So, pekak kan telinga. Yang penting kita tahu apa yang kita buat tu betul @ salah.





Wednesday, December 05, 2012

Suram


Assalammualaikum.^



Terasa suram je 'poket' aku sejak beberapa bulan ni.. TT_TT. Cukup-cukup.

Rindu saat-saat lapan bulan yang lalu.. Mewah.

Betul kata pepatah " sediakan payung sebelum hujan"

Tapi aku tak suka guna payung, redah je..

Thursday, November 29, 2012

Stress sebab nombor ??

Assalammualaikum.^

Tips ni bukan terhenti untuk para akauntan , tetapi  untuk sesiapa saja selagi kerjannya banyak bermain angka. 



Tips pertama :
Bacalah novel. Novel yang bagus.. yang dapat merangsang minda. Kenapa ? Membaca novel menyebabkan kita berimiginasi. Anda yang  banyak menggunakan nombor, terlalu banyak menggunakan otak kiri, otak logik. Jadi dgn membaca novel, anda dapat mengharmonikan otak kanan juga. Baru seimbang.  

Tips kedua :
Buat kerja penuh minat. Benda yang kita minat, tak akan mendatangkan stress. Iya la.. benda yang kita suka kan. Jadi, tanam kan minat kat dalam diri tu. Selagi tak minat.. selagi itulah anda akan rasa terdera buat kerja.

Tips ketiga :
Pelbagaikan kegiatan hidup anda. Benda yang sama, kalau dibuat berulang-ulang.. siapa tak bosan kan. Baik, berikan warna kepada hidup kita. Anda yang bekerja sebagai akauntan, hari-hari tengok angka.. mana tak stressnya... hari-hari benda yang sama.  Pelbagaikan kegiatan anda itu dan buat macam-macam. Letak colour dalam hidup kita. 











Wednesday, November 28, 2012

Tak rugi pun cuba perkara baru..

Assalammualaikum.^


Banyangkan anda di beri satu tugasan luar drp bidang anda.. apa yang anda buat ? Tolak dgn berbagai-bagai alasan, terima dengan rasa  tak puas hati atau terima dengan hati terbuka ?

Bagi mereka yang terima sesuatu tugasan dengan hati terbuka walaupun bukan bidang mereka.. saya tabik. Anda tahu anda tak tahu, tapi anda cuba sedaya upaya untuk selesaikan tugasan tersebut. Syabas !

Tak salah kita nak mencuba sesuatu yang baru. Dari pengalaman, kita belajar dan ambil pengajaran. Hidup perlukan perubahan. Hidup tak adventure  kalau hanya buat perkara yang sama. Statik. Mendatar.

Dan bagi mereka yang takut untuk cuba sesuatu benda baru, anda sebenarnya rugi. Anda rasa itu bukan bidang anda. Jadi kerja di buat acuh tak acuh. Paling teruk, tak nak terima teguran dari orang lain. Akhirnya benda yang sama salahnya berulang-ulang dan menyusahkan orang lain.

Please, tak rugi pun cuba benda baru.





Friday, November 23, 2012

Leganya saya..

Assalammualaikum.^

Sebelum ni, aku ada kehilangan hard disk.. Dalam hard disk tu banyak maklumat  yang aku sayang. Gambar konvo aku, gambar ngan kwn2, drama korea yang aku download *penat je download, resume.. hish banyak la.. Tapi yang paling aku sayang dalam banyak2 tu... gambar konvo aku !! Konvo sekali je wei.. kenangan tu.

Tapi... minggu lepas, abah ada cuci gambar & salah satu gambar yg dia cuci tu.. gambar konvo aku ? 

"Eh, abah ada simpan gambar konvo akak ea.." =..=

"Ada, dalam laptop abah tu.."

Alangkah bagusnya kalau abah bg tau awal-awal.. tak payah lah aku rasa ralat sgt. Bukan setakat gambar konvo je, gambar time aku makan malam graduan tu pun ada.. a big yeay!!

Alhamdullilah, syukur.


saya nak awak balik, pleeesee....


Thursday, November 22, 2012

Perancangan itu penting !

Assalammualaikum.^

Musim-musim  cuti sekolah ni ramai keluarga yang tak akan lepaskan peluang untuk pergi bercuti. Bercuti bersama keluarga orang kata. Rugi tak ambil peluang nih. Bukan selalu kan.. 

Minggu lepas, hari jumaat.. hampir-hampir saja aku sekeluarga nak ke Kelantan. Plan last minit. On the spot, petang tu jugak nak ke sana. Bayangkan.. Melaka ke Kelantan.. fuh, maybe kul 3.00-4.00 pagi baru sampai.


"Kak, kita nak pergi Kelantan petang ni..!!"

"Eh..?

Terkejut juga sebab tiba-tiba je. Memang pernah berhasrat nak ke Kelantan.. tapi tarikh belum ditentukan lagi.


So, balik dari office terus pack barang & vrooom.. terus bertolak. Dalam perjalanan tu, abah call mana-mana hotel untuk book. Dalam perjalanan, ok.. baru nak call. Semua penuh. Plan last minit katakan. Mana ada bilik kosong. Nak-nak time cuti sekolah.. sume nak bercuti lerr..



Daripada 100% exited nak ke Kelantan tu tiba-tiba tinggal 20% - 30% je. Abah dah mula berbelah bagi sama ada nak teruskan atau tak.. lebih-lebih lagi bila fikir waktu sampai tu, mungkin pukul 3.00-4.00 pagi ?


Akhirnya, setelah fikir baik buruknya, kami tak jadi pergi.. T3T. Maybe next time. Insyaallah.


p/s : buat perancangan awal untuk bercuti..jgn last minit baru nak plan...tak kelam kabut sgt, ok.

Friday, November 16, 2012

1st Giveaway by Shakira Pathi


Assalammualaikum.^




GA yg simple. Jom, join !!




segmen blogwalking cuti sekolah


Assalammualaikum.^




Blog Farah okey, ringan je.. ^.^


p/s : tekan banner untuk join.


Tuesday, November 13, 2012

try n error

Assalammualaikum.^



fuhfuhfuh... comot. Kalau ada yang tau sape ni... tandanya menjadi.. kalau tak de, FAIL!! Tak pe nak cuba  lagi ..

Monday, November 12, 2012

walimatul urus..

Assalammualaikum.^


Korang paham tak perasaan ni.. bila ada kawan korang yang berkawin, tiba-tiba rasa sayu je.. dan bilangan yang belum berkawin makin berkurang, lantas menyebabkan perasaan gelisah semakin menebal.. Sebab ?  Sebab yang belum berpunya ni gelisah lambat kawin dan bakal menjadi bahan usikan kawan-kawan lain..





Itu apa yang aku rasa.. bukan aku sorang, tp ada jgk kawan aku  punya rasa yang sama. Nasib. Perasaan ni timbul bila kitaorg pegi undangan kawan sekolej yang berkawin.. Sorang-sorang dah kawin. Yang bakal jadi mak pun ada. Bulan tiga tahun hadapan bakal menyusul satu lagi undangan.




Rasa macam sekejap je masa berlalu.. Tak sangka..


4 sudah, 2 bakal, others tak tau lagi..
love u all..^_^


Thursday, November 08, 2012

hanya menunggu masa..

Assalammualaikum.^


Alhamdulillah, semenjak staf lama keluar.. perangai dia dh berkurangan, masih ada tapi kurang. Dia dah kurang call, dh kurang masuk ofis, dah kurang membebel pasal hal yang lepas. Staf yang paling lama, yang selalu tempat dia mengadu masalah, yang paling disayangi keluar.. sape tak ralat kan.. Nak-nak berhenti dengan cara terpaksa. Sehinggakan nak main saman-saman pulak.

Dan disebabkan tempat dia mengadu & meluahkan perasaan dah berhenti, dia mula mencari alternatif lain dengan menjadikan aku tempat pengganti.. Katanya dia tersalah pilih orang dulu..  =.=". Oh, no, no, no. Sorry, awal2 lagi aku dah sound " masalah pekerja dan masalah yang tak ada kaitan dengan saya dan kerja rasanya tak payah nak ceritakan dengan saya !!" Ok, mula-mula aku ingat dia tak faham, tapi dia faham apa yang aku maksudkan. Tu pun tau dari staf yang lain. Fuh, lega. Disebabkan tu la dia dh jarang nak mengadu masalah dia dengan aku, tapi staf baru pulak yang jadi mangsa.. Ah, sungguh tak mature.

Sekarang masalahnya, staff yang baru pulak stress sbb dia terlalu kerap call & sms waktu luar pejabat hanya semata-mata untuk meluahkan masalah dia. Ok, staff baru tu merangkap PA  & setiausaha.. tp bagi aku patut ke call tgh2 malam hanya untuk mengadu masalah, mengadu tension dgn staff yang dah sebulan berhenti ? Siap bg tau yg wife dia tak de, kena tunggu line clear dulu baru boleh call ? Apa masalah dia sebenarnya ?

Aku hanya tunggu masa untuk pergi.. tak dapat nak predict.. macam bom masa, bila-bila je meletup.



p/s : bukan senang nak jadi majikan sebenarnya, banyak yang perlu belajar untuk menjadi majikan yg hebat.

Wednesday, November 07, 2012

Mereka gembira, saya pun gembira

Assalammualaikum.^




 Talking Tom Cat, baru je guna aplikasi ni.. tu pun setelah godek-godek hp abah, ntah celah mana tiba-tiba jumpa aplikasi ni & terus install * aku tak de smartphone, tumpang org punye jer.. T_T

Orang yang paling suka dgn benda ni mak & abah. Abah, hp dia sendiri pun tak tau ada benda alah ni. Siap tunjuk kt kawan2 dia lg. Dorng asyik tergelak je guna aplikasi ni. Suka bila dorng gelak2. Bahagia rasanya.





Ni pun sama jugak macam talking tom cat, tapi suara dia tu biasa-biasa je. Lebih suka guna talking tom cat daripada  talking baby hippo. Tapi kesimpulannya dua-dua boleh buat kita gelak bila benda ni tiru balik apa yg kita cakap. Dua-dua boleh hilangkan tension ^__^


Tuesday, November 06, 2012

Cukup-cukup sudah

Assalammualaikum.^




Cukup-cukup la.. kalau dah rasa sakit hati sangat tu buat-buat la istighfar.. asyik terkenang je, camne nak lupa. Cerita la berapa banyak kali pun pasal org yg buat awak sakit hati tu, dah sah-sah dia tak rasa apa2 pun..awak je yg penat. Orang yg dengar cerita awak pun penat. Yang lepas tu, lepaskan lah.

Solat & doa banyak-banyak mintak ketenangan hati. Kalau diri tu rasa serabut je.. maknanya kita dah jauh dari Allah..


p/s : dikelilingi dgn orng yg bermasalah ni membuatkan aku sama-sama bermasalah..



Thursday, October 18, 2012

dulu..

Assalammualaikum.^


dulu, awak busy..
merungut bagai nak mati,

kini awak pergi, lari..
mengadu awak sunyi..

jangan ganggu saya lagi,
sebab saya yg jadi pengganti,
awak yg dulu busy.




Wednesday, October 17, 2012

Segmen - Jom Masuk Bloglist YaNa

Assalammualaikum.^




nak join, klik je banner yer..^ ^







hampir gila... nooooo

Assalammualaikum.^


Fuhfuhfuh.. hari baru sempat nak menaip entry, maaf ye blog. Saya akan buat lagi nanti, haha. 

Dalam seminggu hanya bersiar-siar di blog org.. apakan daya, sangat sibuk hinggakan nak buat entry rasa mcm  bersalah, tak cukup masa.

Masa sangat-sangat terhad sekarang ni. Semuanya sebab keje yang overwhelming kt opis !! Rasanya sampai kat satu tahap yg tak dapat aku tanggung lagi, rasa nak menangis je.. stress tau tak... nak berhenti bleh ? Tiap-tiap hari balik rumah ngadu ngan mak, haha. Bayangkan kerja untuk lima org kau sorang yang kene buat.. ok, mungkin ada yang tak faham.. aku bekerja guna mental, tak banyak guna fizikal. Buat akaun untuk company org, susah woo.. berurusan dgn org tu, org ni.. lambat siap kena saman.. leceh.

Dalam delema. Nak berhenti, kesian. Staf berpengalaman dah berhenti, jadi aku satu-satunya ayam tambatan kat opis. Hujung tahun ni lima org budak praktikal akan masuk.. lagi la aku stress. Sape nak handle dorng tu..? Aaaaakkuuu jugak.. Penah dia ckp " awk nak berhenti bleh, saya tak kisah.. tapi siapkan keje " K, fine.. jgn ckp dibibir saje ye..tengoklah mcm mana.. semoga aku kekal  tabah.



p/s : pssttt, korng perasan tak kelainan blog nih ? ihik.

Wednesday, October 10, 2012

Matang dalam tindakan

Assalammualaikum.^


Manja atau Matang, aku lebih suka pilih orang yang berkelakuan matang. Kematangan itu sangat penting. Even nak keje pun majikan akan pilih orang yang matang. Tak kisah la dari segi percakapan ke, perbuatan ke, pemikiran ke, tak kisah asalkan matang. Manja bagi aku tak salah, tapi harus berpada-pada. Manja ni ada jenis-jenis dia. Ada yang semula jadi manja, ada yang buat-buat manja. Yang buat-buat manja ni paaaaalinggg aku tak suka. Bagi aku tu bukan manja tapi gedik.


Kematangan kita dapat kenal pasti melalui cara mereka melakukan tugasan. Orang yang matang akan buat sesuatu kerja tu secara profesional, abis-abis pun dia akan buat kerja tu tanpa banyak karenah. Orang yang manja ni pulak kita boleh tengok bila dorang buat keje.. alahai, merengeknya kemain.. keje tak lah susah sangat, tapi merengeknya lebih. Semua kerja dia kata susah.. cpt putus asa.

Tapi ada je orang tu memang manja, tapi bila buat kerja dia matang. Kan lebih bagus kalau mcm ni, tahu bila masanya nak gunakan kemanjaan  dan kematangan dia tu. Hei, ikut umur la.. budak bawah 17 tahun nak manja-manja boleh di terima lagi la kot.. tapi yg tua bangka ni apahal? Budak-budak pun jangan terlalu matang sangat, tak sesuai. Terlalu manja sangat sampai orang terasa nak lempang tak bagus, terlalu matang sampai orang bosan pun tak bagus jugak. So, pandai-pandai la.

Wednesday, September 26, 2012

i'm in love with...

Assalammualaikum.^

Bila kita rasa sedih, rasanya lebih baik kita tutup  kesedihan itu dengan perkara yang kita minat & seronok.. daripada duduk termenung mengenang nasib dapat jugak sesuatu yang ok.. dan paling utama, jgn lupa untuk mintak pertolongan pada Allah.. itu lebih baik.

Ok, tak nak cerita panjang-panjang.. Sebelum ni ada la search dekat internet pasal felt.. felt sana, felt sini.. Dah tu selalu sangat tengok kt internet dorng buat mcm2 guna felt ni, geram !!.. akhirnya terhasil la felt craf sendiri..








Ni je yang mampu dibuat.. seronok & puas hati.. ^_^

Wednesday, September 19, 2012

Risau

Assalammualaikum.^


Risaunya saya,
bila mereka tiada,
pada siapa saya nak bertanya ?

Risaunya saya,
bila mereka tiada,
pada siapa saya nak bercerita?

Mereka,
gembira bersorak ria,
melepaskan hembusan lega,
meninggalkan kerja yang bersisa

dan sisa itu aku yang telan,
terpaksa..


Tuesday, September 11, 2012

dia dah tak sabar..

Assalammualaikum.^


Aku jadi rimas bila ayat itu diulang-ulang.. seperti sengaja. Berputar-putar dalam ingatan. Entah kenapa.. sejak kebelakangan ini dia begitu.

" Tunggu la.. siapa yang tak nak.." dia tetap tidak faham. Mungkin dia sudah pun melalui zaman itu.. Maka dia tidak faham apa yang aku rasa.

Hati terlalu lembut.. senang terguris.

Bagi aku dia  tidak patut.. memberi tekanan kepada aku berkenaan soal itu. Masih banyak waktu.

Tolong.. jangan mendesak.. bukan aku tak mahu, tapi belum sampai waktu.

" jodoh itu rahsia Allah "

Jangan tinggal daku..

Assalammualaikum.^



       Patah tumbuh hilang berganti.. Tapi.. kalau orang, tak dapat dicari ganti. Huhu.. stress tau. Dua orang staff bakal tinggalkan aku nanti. Serentak pulak tu. Dorang semua nak kuar tinggalkan aku. Sedih betul. Nanti opis tinggal 2 org staff jer.. dgn sape aku nak kawan.. dgn sape aku nak ngumpat2 bos..ehem. Yang lagi sorang tu memang tak kan ku ceritakan pasal bos dgn dia.. sebab apa ? sebab dia tu adik bos a.k.a spy bos. Keje dorng yg bakal kluar tu  akan di pass dkt aku.. tak tertanggung rasanya. Nak pass keje kt sorng lg tu ..? ish, dia tak tau apa2 pasal keje semua tu.. 

       Bila dorng dpt keje lain.. perasaan aku bercampur baur. Gembira ada sedih pun ada..eh, macam mana tu..? Gembira dalam sedih. Mampu ke aku handle semua tu sorang-sorang ? Aku takut. Takut tak mampu. Aku pun ada jugak apply keje lain. Tak sangka dorng dapat dulu dari aku. Duhai hati.. sabarlah. Setiap peristiwa ada hikmahnya.


p/s : kalau ramai staff dkt sesebuah company tu cari keje lain...there must be something wrong some where...          

Monday, September 10, 2012

Akhirnya... dia pergi..

Assalammualaikum.^


   



 Kak,  mak lang dah meninggal. " INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN " hanya itu yang mampu diucap. Akhirnya .. dia pergi.. Lama juga dia terlantar sakit. Kali terakhir melawat pada 31 Ogos yg lalu, mak lang makin teruk. Pada entry kuatkan semangat..semua itu  ujian Allah ada aku bagitau keadaan dia.. amat menyedihkan.

Hari raya ari tu pun tak berapa nk happy sgt.. Org sakit x kan kita nak happy2 kan.. First raya kitaorg sume pakat2 dtg umah Mak Lang dulu.. Sempat jugak Mak Lang pakai baju raya.. Bagi raya2 yang akan dtg beraya tanpa Mak  Lang.. Daripada berenam kini tinggal lima je..

Semoga Mak Lang tenang di sana.. Al-Fatihah..

    Semua akan merasai mati sebab ianya memang pasti. Cuma yang membezakannya adalah waktu.. cepat atau lambat. Jadi, kepada yang masih hidup, termasuk juga aku.. beringat-ingatlah.. hidup ni biar terisi dengan amal ibadat.. sebab itu yang akan ditanya di akhirat nanti.. wallahualam.


Wednesday, September 05, 2012

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

Assalammualaikum.^

Dah lama nampak segmen ni berlegar-legar di blog org lain dekat dashboard.. So...*tarik nafas*... hari ni baru rasa nak join..


tekan banner utk join

Bilangan follower : 89 org
Negeri asal : Melaka

Fuhfuhfuh..sempat lg nak join nih..tarikh tutup 10 sept 2012 jam 2.00 petang..






Sunday, September 02, 2012

Labuh dan longgar

Assalammualaikum.^

Awak..
awak cantik tau bertudung
nampak sopan dan ayu je
sejuk mata memandang

eh, eh..
lagi cantik  tau awak
baju awak tu pakai besar-besar sikit
emm..maksud saya longar, bukan ketat
labuhkan, bukan pendek
biar tertutup sikit bonjolan-bonjolan dekat atas dan bawah tu

kadang-kadang saya yg perempuan ni tak terlepas pandang kat bahagian tu
saya jadi takut
confuse..
saya lelaki ke perempuan..?










Tuesday, August 28, 2012

kuning ??

Assalammualaikum.^

Bulan lepas ada beli baju warna kuning.. kuning terang.. minggu lepas baru terasa nak pakai. Masuk satu shopping kompleks ni terasa macam orang pandang semacam.. ada sorang tu siap cuit kawan suruh pandang sekali.. Aku rasa serba x kena. Sampai aku tanya mak " warna kuning x bleh pakai ke mak ?".

Err.. pelik ke pakai baju warna kuning ? Mungkin dorang ni kaitkan aku ngan BERSIH tu kan..kan.
Kadang-kadang teringin sgt nak di kurniakan anugerah baca fikiran orang.. hehe  





S.I.K.A.P

Assalammualaikum.^

Banyak perkara yang kena diubah, terutamanya sikap. Pagi tadi dah kena tegur. Mungkin dia dah lama perhatikan, rasa nak tegur tu dah lama membuak-buak dalam dada. Akhirnya tersembur juga. Berdesing jugak dengar, tapi aku akui salah aku. Tapi dia pun satu.. tunggu tgh hari sikit kalau nak tegur tu. Punggung belum panas, dia dah buat hati aku panas.

Kelewatan 5 minit kena diperbaiki. Semenjak waktu masuk dah diubah dari 9.00 pagi ke 8.30 pagi selalu je lambat. Sejak bulan puasa lagi. Belum terbiasa. Ketidakbiasaan itu dah pun ditegur tadi. Jadi dengan ini aku kena perbaiki.



Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum.^




Hai raya dah tak lama lagi kan.. nak ucap awal2 sbb dalam masa tiga hari ni mungkin akan berjauhan dgn internet..Jadi di kesempatan ini Nuna nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri..Maaf zahir dan batin.. Selamat hari raya semua...




Thursday, August 16, 2012

kecewa.

Assalammualaikum.^


Hari ni cuba buat kuih raya
sebelum tu dah cari dekat internet
yes ! jumpe satu resepi kuih raya
tak pakai banyak bahan pun
Hati berkobar-kobar. Semangat !!
Beli bahan-bahan. Tapi satu bahan ni mahal sgt.
Beli satu je la. Boleh kot guna sikit je.
Gaul, uli, getel..
Ok, Siap untuk dibakar..
Tunggu, Tunggu, Tunggu..
Ting !!
Siap..
Tapi..

HANGUS.!!

tiap-tiap tahun buat kuih raya mesti tak jadi..
benci..
 kecewa..terkecewa..



Sunday, August 12, 2012

kuatkan semangat..semua tu ujian Allah..

Assalammualaikum.^

Terasa mahu menangis. Sedih. Aku tatap wajah cengkung dia. Tangannya kurus kering. Di situ dia terbaring. Lesu. Lemah. Longlai. Dipejamkan matanya tatkala mahu menelan air. Aku tahu dia sakit menahan derita. Aku tahan air mata. Ku lihat anak-anaknya tenang. Cukup tenang. Mungkin telah di sorokkan kesedihan disebalik ketenangan mereka. 

Aku imbas kenangan lalu. Ketika dia masih sihat, bertenaga. Kini hanya terbaring tak bermaya. Telah lama kesakitan itu dipendam. Hingga kini bernanah dalam diam. Parah. 

Ya Allah, panjangkan umur dia. Sembuhkan lah dia.. Biar dia dan keluarga gembira menyambut hari raya ini.. Biarkan dia dapat bergerak bebas seperti dulu.. Biar dia dapat berjalan beraya bersama kami.. Dari satu rumah ke satu rumah. Seperti dulu. Aku lihat dia, aku juga lihat abah. Masing-masing sudah tua. Takut. Takut kehilangan.

Terdiam aku mengenangkan dia. Sehingga terlupa dengan nikmat Allah. Sihat... sebelum sakit...




p/s : mak lang.. semoga cepat sembuh.. kuatkan semangat..

Saturday, August 11, 2012

duit raya sebelum waktu..

Assalammualaikum.^

Ehem, ehem.. semalam dapat duit raya.. ohoi..hoi..hoi.. Ada sorang aunty ni (client) memang tiap2 tahun dia bagi.. Mulut dia memang bising + banyak songeh.. tp hati baik..

Dari jauh aku perhatikan dia ni.. mcm tgh sibuk keluarkan duit, pastu pandang2 staf.. dalam ati dah agak mesti nak bagi duit raya letew.. pastu dia turun bawah jap, lepas naik dia kluarkan sampul merah.. ah, conform.

Masa dia bg tu dia cakap " sorry ea.. ini tahun tak ada sampul hijau.. saya bagi u sampul merah saja.."



p/s : tq aunty.. tahun dpn bg lagi..

Wednesday, August 08, 2012

Kad Raya Giveway by Fyfy Liew

Assalammualaikum.^



Eh, eh.. Fyfy Liew nak bagi kad raya la.. jom, jom..

Nama : miss nuna
Emel : nasabella90@yahoo.com

ada-ada je..

Assalammualaikum.^

Hehe..korang perasan x.. kat google korang..mungkin sempena olimpik kot..











bleh main la.. tekan play pastu tekan arrow kiri dan kanan utk berlari sepantas Bolt...haha..baru perasan tadi..

Tuesday, August 07, 2012

art trade.. saya punya dah siap..

Assalammualaikum.^


Yea..kak Azzah dah balas la doodle kite.. doodle ni berkenaan dgn entry ni.. kalau nak join bleh lg kot.. jom kita tatap doodle kak Azzah ramai-ramai..

doodle kak Azzah dah siap cantik2 untuk jalan beraya.. terima kasih kak Azzah !!






Wednesday, July 25, 2012

annoying lah u ni.. tau la tgh angau.!

Assalammualaikum.^


Orang bila dah angau ni kan.. dia tak sedar dalam masa yang sama dia dah buat orang lain menyampah.. tau la tengah angau kan, tapi sorok-sorok la sikit.. jangan nampak sangat angaunya.. Mana tak menyampahnya bila tiap-tiap hari nak cite pasal orang tu.. dia mcm ni, dia mcm tu, bla..bla..bla.. annoying habis!! Bila tanya suka dia ke..? "eh, nak kawan jer.."


Kawan ea.. dah tu yang buka FB dia, tunjuk gambar dia dekat kita, nyanyi-nyanyi lagu callering tone dia, ketawa sorang-sorang konon teringat lawak dia semalam..  *sign


No, no, no.. aku tak jeles pun.. cuma rimas jerrr.. kalau suka cakap suka.. tak payah berbolak balik dengan kenyataan.. rimas, lemas..


Korang-korang kalau tengah angau-angau tu.. cuba try test tanya kawan-kawan korang " kau rasa aku ni annoying tak ? " memang mereka-mereka akan cakap " tak lah, aku suke dgr ko cerita.." tapi dalam hati
 " annoyingggg gilaaaa !!!"






p/s : ni dalam kategori ngumpat ke..?
















Tuesday, July 24, 2012

Jom Blogwalking Ramadhan

Assalammualaikum.^




click banner untuk join

tarikh tutup : 25 july 2012 ( 5.30 pagi)

Monday, July 23, 2012

cerita tiga ramadhan

Assalammualaikum.^


Alhamdulillah.. syukur kepada Allah.. saman yang aku kena 1 ramadhan tu dah selamat dibayar .. sekarang boleh tarik nafas lega yg sebelum ni tersekat-sekat.. 


Surat pemohonan kerja pun aku dah hantar tadi.. hari ni tarikh akhir memohon..   
Lagi sekali aku lega.. dari minggu lepas tertangguh sampai penah rasa macam nak putus asa je, tak payah hantar.. tapi 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan' *eh, sesuai ke.  Hanya tinggal untuk berharap semoga diterima untuk di temuduga.. ada rezeki adalah..






p/s : berniat untuk beralih arah

Saturday, July 21, 2012

cerita satu ramadhan..

Assalammualaikum.^


Selesai sudah satu ramadhan kita ye..alhamdulillah..semoga lagi 29 hari yang tinggal akan sama macam ni jugak (walaupun tak penuh). 


Bulan puasa bulan penuh berkatkan.. nak dapat keberkatan tu pulak bukannya mudah.. bergantung pada diri kita la kan sama ada nak atau tak.. macam-macam dugaan yg kita akan tempuh..


Cakap pasal dugaan ni kan.. satu ramadhan ni jugak aku dapat.. first time aku dapat saman daripada en. polis trafik.. sebab tak pakai tali pinggang kaledar..first time ni tau..rasa menyesal tu memang pada tahap yg tinggi.. dah nak sampai umah dah pun..sebelum tu baru lepas isi minyak ingat kot2 selamat la, last2 ada roadblock la plak.. aku nak pakai pun dah terlambat kot.. sampai dekat en. polis tu dia suruh berhenti kat tepi.. ah, sudah.. dia mintak lesan, tulis2, pergi depan keta tgk no.plat.. sempat dia ckp Rm 300 tau dik kesalahan tak pakai tali pinggang ni... WHATT??  Pastukan dia tanya aku..  "nak tak saya tukar kesalahan tak pakai tali pinggang kaledar dengan tak bawak lesen memandu ?? Kurang sikit bayaran dia Rm 70.. " Eh, biar betul kan.. mak kat sebelah iyekan je.. fuh, lega.. tapi masih tak puas hati lagi sebab masih kena saman...T_T


Mak suruh jangan bagi tau dekat abah, nanti riuh satu rumah.. aku pun memang dah tau perangai abah nanti dia bising.. "ok mak,  janji tau jgn bagi tau sape2.." * pinky swear 






p/s : nanti dh bayar saman baru bg tau abah.. tak pun kak cik akan tau kalau dia baca ni..

Friday, July 20, 2012

tokk..tokk..ramadhan dah datang...

Assalammualaikum.^




Terasa hati berbunga-bunga menantikan ramadhan.. tak sabar nak berpuasa bersama keluarga, sahur bersama, berbuka sama-sama & solat tarawikh sama-sama.. ish tak sabar lah.. semoga ramadhan ini terisi penuh dgn keberkatan.. selamat berpuasa semua !!

Wednesday, July 18, 2012

Giveaway by Mira-chan

Assalammualaikum.^





click banner

1st winner will got: 3x amigurumi
2nd winner will get : 2x amigurumi

This giveaway will end on :
20 JULY 2012
(6.00 p.m)

 the winner will announce on :
21 JULY 2012
(2:00 p.m)




Monday, July 16, 2012

siapakah ??

Assalammualaikum.^





Dulu masa zaman sekolah suka sangat lukis gambar potret orang kebanyakkannya gambar perempuan.. saja-saja nak lukis.. tak kisah, suka hati nak lukis rupa macam mana pun.. kadang-kadang hidung kemek, kadang-kadang mancung, kadang-kadang mata sepet, rajn sikit dapat la mata bulat.. ikut imiginasi kononnya..hehe

Tapi ada la sorang kawan ni.. dia suka tengok aku lukis.. dah siap lukis tu dia mesti tanya.. "awok lukih piye ea...?"(bahasa terengganu, sebab aku duk sana dulu)  mesti soalan tu akan di tanya.. puas cakap bukan sape-sape.. tapi boleh pulak dia cakap aku tipu.. last2 iyekan je la sape yg dia teka tu.. 



p/s : aish..rindu pulak dekat kawan2 di terengganu..

lari..lari laju-laju

Assalammualaikum.^


Terasa mahu beralih arah
 tapi tak tau kemana nak tuju
Nak lari.. lari laju laju
Lari tanpa henti
lari dan lari


usah dikejar
takut tak terkejar
letak saja apa-apa halangan
akan aku elak, panjat, lompat
aku tetap lari
 hingga sampai ke destinasi


kau membuat aku lari
lari tak sanggup menghadapi
kau buat aku rimas, lemas
dari harapan kau  yang datang bertindan-tindan
berhenti !!!
berhenti mengharap
mengharap penuh pasti





Thursday, July 12, 2012

Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize

Assalammualaikum.^




klik banner utk join.


Saya nak hadiah LOMO, LOMO & LOMO..hehe

awak2 jom join :