Tuesday, August 28, 2012

kuning ??

Assalammualaikum.^

Bulan lepas ada beli baju warna kuning.. kuning terang.. minggu lepas baru terasa nak pakai. Masuk satu shopping kompleks ni terasa macam orang pandang semacam.. ada sorang tu siap cuit kawan suruh pandang sekali.. Aku rasa serba x kena. Sampai aku tanya mak " warna kuning x bleh pakai ke mak ?".

Err.. pelik ke pakai baju warna kuning ? Mungkin dorang ni kaitkan aku ngan BERSIH tu kan..kan.
Kadang-kadang teringin sgt nak di kurniakan anugerah baca fikiran orang.. hehe  





S.I.K.A.P

Assalammualaikum.^

Banyak perkara yang kena diubah, terutamanya sikap. Pagi tadi dah kena tegur. Mungkin dia dah lama perhatikan, rasa nak tegur tu dah lama membuak-buak dalam dada. Akhirnya tersembur juga. Berdesing jugak dengar, tapi aku akui salah aku. Tapi dia pun satu.. tunggu tgh hari sikit kalau nak tegur tu. Punggung belum panas, dia dah buat hati aku panas.

Kelewatan 5 minit kena diperbaiki. Semenjak waktu masuk dah diubah dari 9.00 pagi ke 8.30 pagi selalu je lambat. Sejak bulan puasa lagi. Belum terbiasa. Ketidakbiasaan itu dah pun ditegur tadi. Jadi dengan ini aku kena perbaiki.



Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum.^




Hai raya dah tak lama lagi kan.. nak ucap awal2 sbb dalam masa tiga hari ni mungkin akan berjauhan dgn internet..Jadi di kesempatan ini Nuna nak ucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri..Maaf zahir dan batin.. Selamat hari raya semua...




Thursday, August 16, 2012

kecewa.

Assalammualaikum.^


Hari ni cuba buat kuih raya
sebelum tu dah cari dekat internet
yes ! jumpe satu resepi kuih raya
tak pakai banyak bahan pun
Hati berkobar-kobar. Semangat !!
Beli bahan-bahan. Tapi satu bahan ni mahal sgt.
Beli satu je la. Boleh kot guna sikit je.
Gaul, uli, getel..
Ok, Siap untuk dibakar..
Tunggu, Tunggu, Tunggu..
Ting !!
Siap..
Tapi..

HANGUS.!!

tiap-tiap tahun buat kuih raya mesti tak jadi..
benci..
 kecewa..terkecewa..



Sunday, August 12, 2012

kuatkan semangat..semua tu ujian Allah..

Assalammualaikum.^

Terasa mahu menangis. Sedih. Aku tatap wajah cengkung dia. Tangannya kurus kering. Di situ dia terbaring. Lesu. Lemah. Longlai. Dipejamkan matanya tatkala mahu menelan air. Aku tahu dia sakit menahan derita. Aku tahan air mata. Ku lihat anak-anaknya tenang. Cukup tenang. Mungkin telah di sorokkan kesedihan disebalik ketenangan mereka. 

Aku imbas kenangan lalu. Ketika dia masih sihat, bertenaga. Kini hanya terbaring tak bermaya. Telah lama kesakitan itu dipendam. Hingga kini bernanah dalam diam. Parah. 

Ya Allah, panjangkan umur dia. Sembuhkan lah dia.. Biar dia dan keluarga gembira menyambut hari raya ini.. Biarkan dia dapat bergerak bebas seperti dulu.. Biar dia dapat berjalan beraya bersama kami.. Dari satu rumah ke satu rumah. Seperti dulu. Aku lihat dia, aku juga lihat abah. Masing-masing sudah tua. Takut. Takut kehilangan.

Terdiam aku mengenangkan dia. Sehingga terlupa dengan nikmat Allah. Sihat... sebelum sakit...




p/s : mak lang.. semoga cepat sembuh.. kuatkan semangat..

Saturday, August 11, 2012

duit raya sebelum waktu..

Assalammualaikum.^

Ehem, ehem.. semalam dapat duit raya.. ohoi..hoi..hoi.. Ada sorang aunty ni (client) memang tiap2 tahun dia bagi.. Mulut dia memang bising + banyak songeh.. tp hati baik..

Dari jauh aku perhatikan dia ni.. mcm tgh sibuk keluarkan duit, pastu pandang2 staf.. dalam ati dah agak mesti nak bagi duit raya letew.. pastu dia turun bawah jap, lepas naik dia kluarkan sampul merah.. ah, conform.

Masa dia bg tu dia cakap " sorry ea.. ini tahun tak ada sampul hijau.. saya bagi u sampul merah saja.."



p/s : tq aunty.. tahun dpn bg lagi..

Wednesday, August 08, 2012

Kad Raya Giveway by Fyfy Liew

Assalammualaikum.^



Eh, eh.. Fyfy Liew nak bagi kad raya la.. jom, jom..

Nama : miss nuna
Emel : nasabella90@yahoo.com

ada-ada je..

Assalammualaikum.^

Hehe..korang perasan x.. kat google korang..mungkin sempena olimpik kot..











bleh main la.. tekan play pastu tekan arrow kiri dan kanan utk berlari sepantas Bolt...haha..baru perasan tadi..

Tuesday, August 07, 2012

art trade.. saya punya dah siap..

Assalammualaikum.^


Yea..kak Azzah dah balas la doodle kite.. doodle ni berkenaan dgn entry ni.. kalau nak join bleh lg kot.. jom kita tatap doodle kak Azzah ramai-ramai..

doodle kak Azzah dah siap cantik2 untuk jalan beraya.. terima kasih kak Azzah !!