Thursday, December 20, 2012

Latihan Industri

Assalammualaikum.^



Budak LI dah masuk keje isnin baru-baru ni.. 4 orang semuanya.. alahai, comel-comel semuanya.. tengok dorng teringat aku masa LI dulu.. sopan habis. 

" Asalammualaikum, kak " - time dtg.

"Rehat dulu kak, akak tak rehat ke?"- time rehat

"Bye, kak, balik dulu."-time balik

Sopan sangat.

Dan budak-budak LI memang semangat giler.. bagi kerja, cepat je siap sampai tak tau nak bagi keje apa lagi..  Time LI memang macam ni, semangat !! Macam aku jgk dulu.. lps dpt keje..semangat tu dah tak sehebat dulu..hikhik

Dah ramai-ramai ni, terasa busy pulak.. melayan dorang.. tak pe la ilmu dikongsi bersama.. dorang nak belajar, kita ajar. Tapi dorng ni bagus.. suka bertanya & ingin tahu.. lbh bagus dari pekerja tetap.. tak tahu tp tak nak bertanya.



p/s : kan bagus kalau keje hari-hari bersemangat mcm budak-budak LI ni..


" Segmen Blogwalking Rilex Cool"

Assalammualaikum.^



Tekan banner


Kelebihan blogwalking :

- Dapat baca info @ cerita best drp blog org 
- Tambah kenalan maya
- Dapat tinggkatkan trafik blog 

Banyak kelebihan blogwalking ni.. tp ni je yg terlintas kat kepala..

Apa kelebihan blogwalking pada korang ?? Jom le join.











Wednesday, December 12, 2012

Kalau dah namanya seni...

Assalammualaikum.^


Seni @ art ni rupanya macam-macam.. Banyak bentuk art ni sebenarnya.. Aku suka sangat-sangat apa-apa jenis art yang sangat-sangat comel & unik. Dalam tahun ni aku ada jugak buat beberapa 'tinjauan' berkenaan art yang orang suka buat. Cari-cari jumpe la quilling art. Ape benda quilling art tu ? Quilling art kira dalam kategori paper art ...art yang daripada hasil gulungan kertas. Ah, susah nak explain. Bayangkan dengan kertas pun orang boleh jadikan salah satu art.. 

dengan berbekalkan kertas je pun..


gulung-gulung, bleh plak jadi mcam ni.. berseni betul kan.. Korang nak tgk lebih2 bleh pergi cepat2 ke miezcraftshop.. dah tgk dtg sini balik ea. Cantik sangat dia punya art works.


Yang ni plak art dari kain felt. Sebuk kot  felt art ni orang buat sampai berjangkit dekat aku.. Orang buat  kau pun sebuk nak buat.. heh. 

Kebanyakkan orang buat key chain.. comel kan.. dulu bahan dia aku siap beli kat Sus n d Felt. Beli bahan asas je.


Baru-baru ni ada jumpe lagi satu art.. dah lama benda ni tapi muncul balik..

 crochet !!

Nampak tak.. punya la berseni sangat.. Pernah fikir tak camne la dorng lilit-lilit je benang kait tu bleh jadi mcm..



ni !! O..o'

Sangat mengundang kejelousan.. Memang dulu kalau tgk nenek-nenek mat salleh je suka mengait kan.. Sekarang tidak lagi.. Org muda pun ada je ler..

Dan sekarang pun aku cuba nak belajar crochet ni.. hikhik..harap-harap menjadi.. doa-doakan kan yer..Amin*eh, belum doa dh amin..




p/s: kagum dgn manusia yg kreatif.. tapi lagi kagum dengan pencipta manusia iaitu Allah s.w.t. Subahanallah. ^_^



Friday, December 07, 2012

orang memang suka bercakap...

Assalammualaikum.^






Kalau asyik dengar kata orang.. hidup tak ke mana. Nak buat tu, orang cakap macam-macam..sudahnya terus tak buat. Sebenarnya keyakinan tu penting. Orang yang suka dgr cakap org lebih banyak drp gerak hati sendiri sebenarnya kurang keyakinan diri. 


Orang bercakap memang senang.. Tapi yang buatnya kita.. So, pekak kan telinga. Yang penting kita tahu apa yang kita buat tu betul @ salah.





Wednesday, December 05, 2012

Suram


Assalammualaikum.^



Terasa suram je 'poket' aku sejak beberapa bulan ni.. TT_TT. Cukup-cukup.

Rindu saat-saat lapan bulan yang lalu.. Mewah.

Betul kata pepatah " sediakan payung sebelum hujan"

Tapi aku tak suka guna payung, redah je..