Sunday, October 05, 2014

kumpul




      Ching.. ching..ching.. bergema ruang bilik memecah kesunyian. Dia tersenyum. "Sedikit sahaja
lagi", lembut tapi jelas kedengaran. Senyum kembali. Dia mengangkat botol kaca  tersebut tinggi-
tinggi. Berat. Dia mengeluh. "Hanya beberapa keping lagi, sabar ya". 

      Sudah lama dia mengumpul. Tidak pernah lupa dia untuk mengisi syiling-syiling berwana perak
dan emas kedalam botol kaca itu setiap hari. Tiada satu sen pun ditinggalkan di dalam dompetnya,
semua dia masukkan dalam botol kaca itu. Hatinya berbunga-bunga setiap kali botol kaca itu 
makin banyak isinya. Kala tiada berbuat apa-apa, dikeluarkan isinya dikira satu-satu. 

      Dia punya hasrat, punya harapan. Dia sedar, dia bukan anak orang kaya yang petik jari sahaja 
dapat apa yang dipinta depan mata. Jadi dia harus cermat, jimat. "Sikit sahaja lagi.." katanya penuh berharap. 

           

Monday, September 15, 2014

Ayokkk.. dah lupa dah..


Buka blog, konon nak `make over' blog berakhir ngan blur.. tak tahu & lupa camne nak edit html. Terkebil-kebil pandang skrin. Tu la, sape suruh lama sangat tak berblog kan... lupa dah kod2 yang selalu guna... yang ingat cuma cara tukar background je. Terpaksa la `ulangkaji' semula `subjek' blog ni ek. Hadoi.

Dah tu, bila dah tukar background, kena la pula tukar header (ingat lagi istilah ni).. dah tak cantik dah header tu, dah tak sesuai, tak relevan. Tapi nak tukar header kena guna photoshop pulak. Photoshop plak tak ada install dalam laptop ni.. satu keje lagi nak buat guna pc sebab kat situ je ada photoshop. Fuh, masa dah la tak ada sangat ni. Nak study ni kena ambil masa. Ish.. ish.. camne? Banyak alasan kan.

Ehem.. sebenarnye aku malas.. tu je.. keh, keh, keh.

Sunday, April 20, 2014

Kereta ku, bukan kereta mu..





Kalau balik kampung, memang tak sah lah kalau tak basuh kereta.  Kereta dah lama tak basuh camne rupa dia ? Yes, kotor. Kesian, dah lama kereta aku tak di mandikan.. Alang-alang dah balik Melaka ni kan, moh le kita menggunakan air dengan sewajarnye.. Kt rumah Bangi tak de air, nak basuh kereta pun kene gi 'car wash'. Lagi pun aku memang tak suka la hantar kete gi car wash, lebih suka basuh sendiri.. Eh, bukan kedekut la.. cuma rasa lebih bersih kot kalau cuci sendiri.. Duit tak keluar tapi peluh yang keluar kan.. Tak ke bagus tu ? Tau tak, dengan mencuci kereta anda dapat membuang 100 kalori ? Tak tau kan.. Tak tau kan.. baru tau kan..



" Ijat, tolong amikkan gambar org tgh basuh kereta " kate nye..


Kereta nak pakai lama.. mesti kena jaga baik punyerr..  tiap-tiap bulan ko bayar ansuran tapi tak jaga buat apa.. sayang oo kete.. si Black ni dah banyak berjasa tau.. kulu-kilir dari Melaka ke Bangi, Bangi ke Melaka.. sampai dah dua kali dia sakit (accident). Kali pertama tak teruk sangat. Kali kedua tu teruk jgk la.. kena report2 bagai.. ish, dah insaf.. dah insaf.. tak nak tido lagi masa drive.. nak tido, tido la kt umah.. konon hebat sgt la tu tido masa drive.. hehe

So, sayangi lah kereta anda.. ;)


p/s :  Eh, bleh ke ending cmtu ?




Saturday, January 25, 2014

Betullah orang kata...



Lepas makan malam tu.. gigi aku rasa berdenyut-denyut.. tak pasti bahagian bawah atau atas.. tapi seksanya, Allah je yang tahu.. Berguling-guling atas katil tahan sakit.. Nak menangis rasanya, padahal aku jenis yg tahan sakit.

Pagi tu nekad, amik time-off gi klinik nak cek gigi.. doktor kata gigi garham berlubang dalam sangat. Ye, aku tau gigi tu dah berlubang. Sebelum ni gigi tu bertampal, tapi ntah macam mana tampalan dia tu dah tertanggal. So, aku biarkan je la. Dokter bagi cadangan suruh cabut. Ala, sayang pulak nak cabut. Yelah, gigi tunggal tu. Kalau cabut kuranglah gigi aku ek.




Ok, doktor suh datang lagi nanti bila-bila untuk cabut.. dia bagi ubat tahan sakit sepapan. Tak menyempat seminggu, ubat pun tak abis lagi aku makan terus datang lagi klinik esoknya. 

" Dah seminggu dah" dokter tu tanya.
" Belum. Baru semalam saya datang " selamba.
" La.. kena abiskan ubat dulu "
" Sakit sangat la doktor" Lantak.
" Ok, kita tengok dulu camne, kalau lepas bius sakit, kita stop " Aku doa, jangan la sakit.
" Sakit sikit ni ye" sambil cucuk bagi ubat bius.
" Aaawwww "  Tu je yang mampu aku kata. Sakit.
" Dah kebas dah "
" Camne rasa kebas ek "
" Tak pernah cabut gigi ke ? " tanya nurse.
" Dah lama tak cabut gigi " Lupa.
" Ada rasa-rasa macam besar " Dia kata. Aku rasa. Aku angguk.

Maka berlakulah proses mengoyang, mencungkil, menarik, memulas dan sebagainya.. kurang lima minit selamatlah gigi tersebut di tarik keluar dari 'socket' dia. Tak rasa apa-apa pun. Alhamdullilah, selesai. Kini saya bebas dari sakit gigi. Tapi dalam-dalam lega tu, ada jugak rasa risau. Aku mintak MC ari tu. Kerisauan aku tu tak sia-sia sebab kecoh satu office bercerita pasal aku cabut gigi. Siot. 

Teringat pulak aku, masa time adik aku kecik. Dia kena cabut gigi. Tapi dia ni jenis takut nak cabut gigi. Sakit katanya. Segala janji-janji manis diberikan. Konon nak bagi hadiah le kalau dia cabut gigi tu. Kesian doktor tu. Abis semuanya di bodoh-bodohkan. Ada ke boleh menjerit-jerit cakap bodoh, bodoh, bodoh kat doktor tu. Gelak-gelak la doktor tu kan. Agaknya cerita adik aku ni abis dorang jadikan modal cerita kat orang lain.

Tapi betullah kata orang, sakit gigi ni lah sakit yang paling sakit.