Tuesday, January 29, 2013

Kuat kuasa kuda...

        Saya perlu kuat...kuat..kuat..kuat & kuat.. ya, saya perlukan kelima-lima kuat tadi bergabung untuk menjadi super kuat.. Bukan kuat badan berotot-otot mahupun kuat untuk mengangkat benda-benda berat... Ini kuat dalaman (hati) yang saya maksudkan.. dan hati itu menyalurkan perasaan..

        Untuk apa saya perlu kuat..? Notis !! Lima abjad yang berlainan  menjadi satu perkataan dan satu maksud. Hanya kerana sehelai notis.. saya terpaksa mengumpulkan berjuta-juta mungkin berbilion-bilion kekuatan. Kalau kekuatan itu dapat saya sedut dari manusia.. saya rela berlaku kejam.. menyedut dengan rakus. 

Ya Allah.. permudahkan lah ia.. lembutkan hatinya..


Monday, January 28, 2013

cukuplah..berhentilah..

"Ish, tak sabarnya nak cerita dekat kau apa yg dia ckp pasal kau.."

Ayat itu... keluhan dilepas.. sudah faham apa yang bakal termuntah dari rahang..

Terkadang seperti tak sabar untuk mendangar.. Tapi dah didengar hati rasa dirabak-rabak.. menyesal.

Cukuplah.. terkadang hati berkata "jangan kau dengarkan dia.." Tapi nafsu ingin tahu itu terlalu kuat..

terkadang aku tahan.. terkadang aku tewas.. Kalah.

Sudah lah kau.. berhenti. Kau sangka kau malaikat.. tapi sebenarnya syaitan..

Friday, January 25, 2013

hari itu

Maaf, kawan..
bukan tak mau berjumpa
tapi ada sesuatu tak mengizinkan kita

Ah, dalam setahun ada 365 hari..
pilih saja mana-mana ..
tapi maaf bukan hari itu..

Aku juga kangen..
kangen sama kamu..
sabar ya..
satu hari nanti kita jumpa..





Kawan Baru


Saya dah ada kawan baru.. bukan orang tapi kawan flora. Comel-comel belaka. Yang satu tu spesis cactus tapi yang satu lagi tu tak pasti apa nama dia.. beli masa cuti akhir tahun dekat Cameroon. Daripada banyak- banyak jenis  yang ada kat situ.. cuma beli dua je.. Hihih, rambang mata. 




Yang ni letak dekat office.. jadi peneman saya buat keje.. yang ni comel, ada duri-duri halus dekat hujung.. dari jauh nampak macam bunga. Tapi kan, tadi datang tengok dah rosak separuh.. sebahagian duri macam  kena cabut.. siapakah yang punya angkara?


Yang ni pulak letak dekat meja dalam bilik.. dari sudut pandangan atas nampak macam bunga ros. Tapi ni pun dah terputus satu dia punya daun.. terlangar pagi tadi. Sorry ye, saya tak sengaja :'(


Masa tengah pilih-pilih pokok ni ada dengar aunty cina dekat sebelah ckp pokok ni bagus bagi dekat kawan sebagai tanda persahabatan.. owh, tapi saya kedekut.. beli dua je untuk diri sendiri..hihi.

Wednesday, January 23, 2013

kembali hebat


Permulaan tahun biasanya ia kembali.. kembali busy. Yup, kena atur strategi, 'buku' strategi yang aku karang tahun lepas harus dibuka kembali.. tatap satu-satu. Huh, semoga kembali hebat, hebat seperti tahun dulu-dulu. Semangat, semangat & terus bersemangat.. walaupun semangat itu hanya tinggal sisa. Owh, aku kembali hebat bukan sebab 'kau'.. tapi sebab aku mahu hebat untuk diri aku..



bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. tak nak mengeluh, mengeluh bukan dapat apa-apa pun..


p/s : Eh, ada orang review blog kita la.. terima kasih ye Nabila Aziz.. ^__^

Thursday, January 17, 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak Yang Mampu








Photobucket
klik banner

Dengan rasa berbesar hatinya saya ingin menjemput saudara & saudari untuk menjoinkan diri ke segmen ini. Apa tunggu lagi.. moh le join.. senang je, semudah ABC. Saya nak kenal dengan awak, awak, & awak.. owh, boleh jugak tambah bilangan follower yang sedia ciput macam follower blog ni T3T


R.A.S.A




penat
melayan rasa
rasa yang terpahat
membuatkan aku tidak larat


rasa itu kini kuat terasa
rasa yang lama dirasa
rasa yang kau tak pernah rasa
biarkan aku sorang yang merasa



terasa seperti s____h






Wednesday, January 16, 2013

wordless wednesday #1--miss this land




Wednesday, January 09, 2013

Simple Giveway by FD

Tuesday, January 08, 2013

simple giler blog aku nih..

Assalammualaikum.^


Tahun baru, blog baru. Blog yang berkonsepkan suci dalam debu? Mungkin ini merupakan salah satu proses kematangan ? Ah, merepek. Blog kartun-kartun tak semestinya kebudak-budakan.. Sebenarnya malas nak edit bagai.. ini kira malas sangat la ni. Ni pun macam tak lengkap lagi. Macam ada yang kurang. eh, malas la nak private blog lelama.. Konon bajet private nak suprisekan org, nak buat blog lawa-lawa... phuii..  simpleee jeer.

Wednesday, January 02, 2013

WISHLIST 2013

Assalammualaikum.^


1 hb 1 2013 dah pun berlalu.. cakap pasal tahun baru ni nak jugak aku cite pasal azam... Eh, x mau, nak tukar.. azam kepada wishlist.. sesuai sikit kot. Bukan apa, azam aku dari tahun sebelum-sebelum x semua tercapai.. malas nak heret ke tahun ni pulak.. Azam tu sendiri bermaksud kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya)-kamus dewan.. So, aku ni x de la kemahuan yang sgt kuat, aku tukar lah azam tu kepada wishlist je..


Ok, tahun ni banyak yang aku nak capai..ni kira main wish la.. antaranya -:


1. Beli handphone baru.. jeles tgk abah beli galaxy Note II semalam.. tp bukan hp tu la, mahal kot.


2. Beli notebook (jadila..).. percaya tak aku tak pernah ada laptop sendiri, kepunyaan sendiri & hak milik sendiri ?? Time aku belajar pun aku pinjam laptop abah. Aku selalu bukak internet pun guna pc 'awam' dkt rumah.. tak privacy langsung.. nak bukak internet bleh plak adik aku duk sebelah tunggu turn.. 


3. Cari rezeki dekat tempat lain.. rezeki di mana-mana, insyaallah.


4. Save more money.. untuk kecemasan. Sakit pening nanti ada la penyelamat kan.

5. Sentiasa bersyukur dgn apa yg ada, jangan membazir.

6. Cari jodoh ? ^



Insyaallah.. Akan cuba yang terbaik untuk merealisasikan impian di atas.. Kita hanya merancang.. Allah S.W.T yang menentukannya.