Friday, January 25, 2013

Kawan Baru


Saya dah ada kawan baru.. bukan orang tapi kawan flora. Comel-comel belaka. Yang satu tu spesis cactus tapi yang satu lagi tu tak pasti apa nama dia.. beli masa cuti akhir tahun dekat Cameroon. Daripada banyak- banyak jenis  yang ada kat situ.. cuma beli dua je.. Hihih, rambang mata. 




Yang ni letak dekat office.. jadi peneman saya buat keje.. yang ni comel, ada duri-duri halus dekat hujung.. dari jauh nampak macam bunga. Tapi kan, tadi datang tengok dah rosak separuh.. sebahagian duri macam  kena cabut.. siapakah yang punya angkara?


Yang ni pulak letak dekat meja dalam bilik.. dari sudut pandangan atas nampak macam bunga ros. Tapi ni pun dah terputus satu dia punya daun.. terlangar pagi tadi. Sorry ye, saya tak sengaja :'(


Masa tengah pilih-pilih pokok ni ada dengar aunty cina dekat sebelah ckp pokok ni bagus bagi dekat kawan sebagai tanda persahabatan.. owh, tapi saya kedekut.. beli dua je untuk diri sendiri..hihi.

2 comments:

Budak Kampung said...

iman pon boleh teman kat sini kan?

miss nuna said...

hihi..boleh je iman ^__^