Wednesday, September 26, 2012

i'm in love with...

Assalammualaikum.^

Bila kita rasa sedih, rasanya lebih baik kita tutup  kesedihan itu dengan perkara yang kita minat & seronok.. daripada duduk termenung mengenang nasib dapat jugak sesuatu yang ok.. dan paling utama, jgn lupa untuk mintak pertolongan pada Allah.. itu lebih baik.

Ok, tak nak cerita panjang-panjang.. Sebelum ni ada la search dekat internet pasal felt.. felt sana, felt sini.. Dah tu selalu sangat tengok kt internet dorng buat mcm2 guna felt ni, geram !!.. akhirnya terhasil la felt craf sendiri..








Ni je yang mampu dibuat.. seronok & puas hati.. ^_^

Wednesday, September 19, 2012

Risau

Assalammualaikum.^


Risaunya saya,
bila mereka tiada,
pada siapa saya nak bertanya ?

Risaunya saya,
bila mereka tiada,
pada siapa saya nak bercerita?

Mereka,
gembira bersorak ria,
melepaskan hembusan lega,
meninggalkan kerja yang bersisa

dan sisa itu aku yang telan,
terpaksa..


Tuesday, September 11, 2012

dia dah tak sabar..

Assalammualaikum.^


Aku jadi rimas bila ayat itu diulang-ulang.. seperti sengaja. Berputar-putar dalam ingatan. Entah kenapa.. sejak kebelakangan ini dia begitu.

" Tunggu la.. siapa yang tak nak.." dia tetap tidak faham. Mungkin dia sudah pun melalui zaman itu.. Maka dia tidak faham apa yang aku rasa.

Hati terlalu lembut.. senang terguris.

Bagi aku dia  tidak patut.. memberi tekanan kepada aku berkenaan soal itu. Masih banyak waktu.

Tolong.. jangan mendesak.. bukan aku tak mahu, tapi belum sampai waktu.

" jodoh itu rahsia Allah "

Jangan tinggal daku..

Assalammualaikum.^



       Patah tumbuh hilang berganti.. Tapi.. kalau orang, tak dapat dicari ganti. Huhu.. stress tau. Dua orang staff bakal tinggalkan aku nanti. Serentak pulak tu. Dorang semua nak kuar tinggalkan aku. Sedih betul. Nanti opis tinggal 2 org staff jer.. dgn sape aku nak kawan.. dgn sape aku nak ngumpat2 bos..ehem. Yang lagi sorang tu memang tak kan ku ceritakan pasal bos dgn dia.. sebab apa ? sebab dia tu adik bos a.k.a spy bos. Keje dorng yg bakal kluar tu  akan di pass dkt aku.. tak tertanggung rasanya. Nak pass keje kt sorng lg tu ..? ish, dia tak tau apa2 pasal keje semua tu.. 

       Bila dorng dpt keje lain.. perasaan aku bercampur baur. Gembira ada sedih pun ada..eh, macam mana tu..? Gembira dalam sedih. Mampu ke aku handle semua tu sorang-sorang ? Aku takut. Takut tak mampu. Aku pun ada jugak apply keje lain. Tak sangka dorng dapat dulu dari aku. Duhai hati.. sabarlah. Setiap peristiwa ada hikmahnya.


p/s : kalau ramai staff dkt sesebuah company tu cari keje lain...there must be something wrong some where...          

Monday, September 10, 2012

Akhirnya... dia pergi..

Assalammualaikum.^


   



 Kak,  mak lang dah meninggal. " INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN " hanya itu yang mampu diucap. Akhirnya .. dia pergi.. Lama juga dia terlantar sakit. Kali terakhir melawat pada 31 Ogos yg lalu, mak lang makin teruk. Pada entry kuatkan semangat..semua itu  ujian Allah ada aku bagitau keadaan dia.. amat menyedihkan.

Hari raya ari tu pun tak berapa nk happy sgt.. Org sakit x kan kita nak happy2 kan.. First raya kitaorg sume pakat2 dtg umah Mak Lang dulu.. Sempat jugak Mak Lang pakai baju raya.. Bagi raya2 yang akan dtg beraya tanpa Mak  Lang.. Daripada berenam kini tinggal lima je..

Semoga Mak Lang tenang di sana.. Al-Fatihah..

    Semua akan merasai mati sebab ianya memang pasti. Cuma yang membezakannya adalah waktu.. cepat atau lambat. Jadi, kepada yang masih hidup, termasuk juga aku.. beringat-ingatlah.. hidup ni biar terisi dengan amal ibadat.. sebab itu yang akan ditanya di akhirat nanti.. wallahualam.


Wednesday, September 05, 2012

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

Assalammualaikum.^

Dah lama nampak segmen ni berlegar-legar di blog org lain dekat dashboard.. So...*tarik nafas*... hari ni baru rasa nak join..


tekan banner utk join

Bilangan follower : 89 org
Negeri asal : Melaka

Fuhfuhfuh..sempat lg nak join nih..tarikh tutup 10 sept 2012 jam 2.00 petang..






Sunday, September 02, 2012

Labuh dan longgar

Assalammualaikum.^

Awak..
awak cantik tau bertudung
nampak sopan dan ayu je
sejuk mata memandang

eh, eh..
lagi cantik  tau awak
baju awak tu pakai besar-besar sikit
emm..maksud saya longar, bukan ketat
labuhkan, bukan pendek
biar tertutup sikit bonjolan-bonjolan dekat atas dan bawah tu

kadang-kadang saya yg perempuan ni tak terlepas pandang kat bahagian tu
saya jadi takut
confuse..
saya lelaki ke perempuan..?