Thursday, November 29, 2012

Stress sebab nombor ??

Assalammualaikum.^

Tips ni bukan terhenti untuk para akauntan , tetapi  untuk sesiapa saja selagi kerjannya banyak bermain angka. 



Tips pertama :
Bacalah novel. Novel yang bagus.. yang dapat merangsang minda. Kenapa ? Membaca novel menyebabkan kita berimiginasi. Anda yang  banyak menggunakan nombor, terlalu banyak menggunakan otak kiri, otak logik. Jadi dgn membaca novel, anda dapat mengharmonikan otak kanan juga. Baru seimbang.  

Tips kedua :
Buat kerja penuh minat. Benda yang kita minat, tak akan mendatangkan stress. Iya la.. benda yang kita suka kan. Jadi, tanam kan minat kat dalam diri tu. Selagi tak minat.. selagi itulah anda akan rasa terdera buat kerja.

Tips ketiga :
Pelbagaikan kegiatan hidup anda. Benda yang sama, kalau dibuat berulang-ulang.. siapa tak bosan kan. Baik, berikan warna kepada hidup kita. Anda yang bekerja sebagai akauntan, hari-hari tengok angka.. mana tak stressnya... hari-hari benda yang sama.  Pelbagaikan kegiatan anda itu dan buat macam-macam. Letak colour dalam hidup kita. 











Wednesday, November 28, 2012

Tak rugi pun cuba perkara baru..

Assalammualaikum.^


Banyangkan anda di beri satu tugasan luar drp bidang anda.. apa yang anda buat ? Tolak dgn berbagai-bagai alasan, terima dengan rasa  tak puas hati atau terima dengan hati terbuka ?

Bagi mereka yang terima sesuatu tugasan dengan hati terbuka walaupun bukan bidang mereka.. saya tabik. Anda tahu anda tak tahu, tapi anda cuba sedaya upaya untuk selesaikan tugasan tersebut. Syabas !

Tak salah kita nak mencuba sesuatu yang baru. Dari pengalaman, kita belajar dan ambil pengajaran. Hidup perlukan perubahan. Hidup tak adventure  kalau hanya buat perkara yang sama. Statik. Mendatar.

Dan bagi mereka yang takut untuk cuba sesuatu benda baru, anda sebenarnya rugi. Anda rasa itu bukan bidang anda. Jadi kerja di buat acuh tak acuh. Paling teruk, tak nak terima teguran dari orang lain. Akhirnya benda yang sama salahnya berulang-ulang dan menyusahkan orang lain.

Please, tak rugi pun cuba benda baru.





Friday, November 23, 2012

Leganya saya..

Assalammualaikum.^

Sebelum ni, aku ada kehilangan hard disk.. Dalam hard disk tu banyak maklumat  yang aku sayang. Gambar konvo aku, gambar ngan kwn2, drama korea yang aku download *penat je download, resume.. hish banyak la.. Tapi yang paling aku sayang dalam banyak2 tu... gambar konvo aku !! Konvo sekali je wei.. kenangan tu.

Tapi... minggu lepas, abah ada cuci gambar & salah satu gambar yg dia cuci tu.. gambar konvo aku ? 

"Eh, abah ada simpan gambar konvo akak ea.." =..=

"Ada, dalam laptop abah tu.."

Alangkah bagusnya kalau abah bg tau awal-awal.. tak payah lah aku rasa ralat sgt. Bukan setakat gambar konvo je, gambar time aku makan malam graduan tu pun ada.. a big yeay!!

Alhamdullilah, syukur.


saya nak awak balik, pleeesee....


Thursday, November 22, 2012

Perancangan itu penting !

Assalammualaikum.^

Musim-musim  cuti sekolah ni ramai keluarga yang tak akan lepaskan peluang untuk pergi bercuti. Bercuti bersama keluarga orang kata. Rugi tak ambil peluang nih. Bukan selalu kan.. 

Minggu lepas, hari jumaat.. hampir-hampir saja aku sekeluarga nak ke Kelantan. Plan last minit. On the spot, petang tu jugak nak ke sana. Bayangkan.. Melaka ke Kelantan.. fuh, maybe kul 3.00-4.00 pagi baru sampai.


"Kak, kita nak pergi Kelantan petang ni..!!"

"Eh..?

Terkejut juga sebab tiba-tiba je. Memang pernah berhasrat nak ke Kelantan.. tapi tarikh belum ditentukan lagi.


So, balik dari office terus pack barang & vrooom.. terus bertolak. Dalam perjalanan tu, abah call mana-mana hotel untuk book. Dalam perjalanan, ok.. baru nak call. Semua penuh. Plan last minit katakan. Mana ada bilik kosong. Nak-nak time cuti sekolah.. sume nak bercuti lerr..



Daripada 100% exited nak ke Kelantan tu tiba-tiba tinggal 20% - 30% je. Abah dah mula berbelah bagi sama ada nak teruskan atau tak.. lebih-lebih lagi bila fikir waktu sampai tu, mungkin pukul 3.00-4.00 pagi ?


Akhirnya, setelah fikir baik buruknya, kami tak jadi pergi.. T3T. Maybe next time. Insyaallah.


p/s : buat perancangan awal untuk bercuti..jgn last minit baru nak plan...tak kelam kabut sgt, ok.

Friday, November 16, 2012

1st Giveaway by Shakira Pathi


Assalammualaikum.^




GA yg simple. Jom, join !!




segmen blogwalking cuti sekolah


Assalammualaikum.^




Blog Farah okey, ringan je.. ^.^


p/s : tekan banner untuk join.


Tuesday, November 13, 2012

try n error

Assalammualaikum.^



fuhfuhfuh... comot. Kalau ada yang tau sape ni... tandanya menjadi.. kalau tak de, FAIL!! Tak pe nak cuba  lagi ..

Monday, November 12, 2012

walimatul urus..

Assalammualaikum.^


Korang paham tak perasaan ni.. bila ada kawan korang yang berkawin, tiba-tiba rasa sayu je.. dan bilangan yang belum berkawin makin berkurang, lantas menyebabkan perasaan gelisah semakin menebal.. Sebab ?  Sebab yang belum berpunya ni gelisah lambat kawin dan bakal menjadi bahan usikan kawan-kawan lain..





Itu apa yang aku rasa.. bukan aku sorang, tp ada jgk kawan aku  punya rasa yang sama. Nasib. Perasaan ni timbul bila kitaorg pegi undangan kawan sekolej yang berkawin.. Sorang-sorang dah kawin. Yang bakal jadi mak pun ada. Bulan tiga tahun hadapan bakal menyusul satu lagi undangan.




Rasa macam sekejap je masa berlalu.. Tak sangka..


4 sudah, 2 bakal, others tak tau lagi..
love u all..^_^


Thursday, November 08, 2012

hanya menunggu masa..

Assalammualaikum.^


Alhamdulillah, semenjak staf lama keluar.. perangai dia dh berkurangan, masih ada tapi kurang. Dia dah kurang call, dh kurang masuk ofis, dah kurang membebel pasal hal yang lepas. Staf yang paling lama, yang selalu tempat dia mengadu masalah, yang paling disayangi keluar.. sape tak ralat kan.. Nak-nak berhenti dengan cara terpaksa. Sehinggakan nak main saman-saman pulak.

Dan disebabkan tempat dia mengadu & meluahkan perasaan dah berhenti, dia mula mencari alternatif lain dengan menjadikan aku tempat pengganti.. Katanya dia tersalah pilih orang dulu..  =.=". Oh, no, no, no. Sorry, awal2 lagi aku dah sound " masalah pekerja dan masalah yang tak ada kaitan dengan saya dan kerja rasanya tak payah nak ceritakan dengan saya !!" Ok, mula-mula aku ingat dia tak faham, tapi dia faham apa yang aku maksudkan. Tu pun tau dari staf yang lain. Fuh, lega. Disebabkan tu la dia dh jarang nak mengadu masalah dia dengan aku, tapi staf baru pulak yang jadi mangsa.. Ah, sungguh tak mature.

Sekarang masalahnya, staff yang baru pulak stress sbb dia terlalu kerap call & sms waktu luar pejabat hanya semata-mata untuk meluahkan masalah dia. Ok, staff baru tu merangkap PA  & setiausaha.. tp bagi aku patut ke call tgh2 malam hanya untuk mengadu masalah, mengadu tension dgn staff yang dah sebulan berhenti ? Siap bg tau yg wife dia tak de, kena tunggu line clear dulu baru boleh call ? Apa masalah dia sebenarnya ?

Aku hanya tunggu masa untuk pergi.. tak dapat nak predict.. macam bom masa, bila-bila je meletup.



p/s : bukan senang nak jadi majikan sebenarnya, banyak yang perlu belajar untuk menjadi majikan yg hebat.

Wednesday, November 07, 2012

Mereka gembira, saya pun gembira

Assalammualaikum.^




 Talking Tom Cat, baru je guna aplikasi ni.. tu pun setelah godek-godek hp abah, ntah celah mana tiba-tiba jumpa aplikasi ni & terus install * aku tak de smartphone, tumpang org punye jer.. T_T

Orang yang paling suka dgn benda ni mak & abah. Abah, hp dia sendiri pun tak tau ada benda alah ni. Siap tunjuk kt kawan2 dia lg. Dorng asyik tergelak je guna aplikasi ni. Suka bila dorng gelak2. Bahagia rasanya.





Ni pun sama jugak macam talking tom cat, tapi suara dia tu biasa-biasa je. Lebih suka guna talking tom cat daripada  talking baby hippo. Tapi kesimpulannya dua-dua boleh buat kita gelak bila benda ni tiru balik apa yg kita cakap. Dua-dua boleh hilangkan tension ^__^


Tuesday, November 06, 2012

Cukup-cukup sudah

Assalammualaikum.^




Cukup-cukup la.. kalau dah rasa sakit hati sangat tu buat-buat la istighfar.. asyik terkenang je, camne nak lupa. Cerita la berapa banyak kali pun pasal org yg buat awak sakit hati tu, dah sah-sah dia tak rasa apa2 pun..awak je yg penat. Orang yg dengar cerita awak pun penat. Yang lepas tu, lepaskan lah.

Solat & doa banyak-banyak mintak ketenangan hati. Kalau diri tu rasa serabut je.. maknanya kita dah jauh dari Allah..


p/s : dikelilingi dgn orng yg bermasalah ni membuatkan aku sama-sama bermasalah..