Thursday, November 08, 2012

hanya menunggu masa..

Assalammualaikum.^


Alhamdulillah, semenjak staf lama keluar.. perangai dia dh berkurangan, masih ada tapi kurang. Dia dah kurang call, dh kurang masuk ofis, dah kurang membebel pasal hal yang lepas. Staf yang paling lama, yang selalu tempat dia mengadu masalah, yang paling disayangi keluar.. sape tak ralat kan.. Nak-nak berhenti dengan cara terpaksa. Sehinggakan nak main saman-saman pulak.

Dan disebabkan tempat dia mengadu & meluahkan perasaan dah berhenti, dia mula mencari alternatif lain dengan menjadikan aku tempat pengganti.. Katanya dia tersalah pilih orang dulu..  =.=". Oh, no, no, no. Sorry, awal2 lagi aku dah sound " masalah pekerja dan masalah yang tak ada kaitan dengan saya dan kerja rasanya tak payah nak ceritakan dengan saya !!" Ok, mula-mula aku ingat dia tak faham, tapi dia faham apa yang aku maksudkan. Tu pun tau dari staf yang lain. Fuh, lega. Disebabkan tu la dia dh jarang nak mengadu masalah dia dengan aku, tapi staf baru pulak yang jadi mangsa.. Ah, sungguh tak mature.

Sekarang masalahnya, staff yang baru pulak stress sbb dia terlalu kerap call & sms waktu luar pejabat hanya semata-mata untuk meluahkan masalah dia. Ok, staff baru tu merangkap PA  & setiausaha.. tp bagi aku patut ke call tgh2 malam hanya untuk mengadu masalah, mengadu tension dgn staff yang dah sebulan berhenti ? Siap bg tau yg wife dia tak de, kena tunggu line clear dulu baru boleh call ? Apa masalah dia sebenarnya ?

Aku hanya tunggu masa untuk pergi.. tak dapat nak predict.. macam bom masa, bila-bila je meletup.



p/s : bukan senang nak jadi majikan sebenarnya, banyak yang perlu belajar untuk menjadi majikan yg hebat.

1 comment:

yana aina said...

suh g kaunseling lh ... ssh nk lyn org mcm nie