Sunday, May 27, 2012

Booster # 2

Assalammualaikum.^






Yup..sedang belajar untuk muhasabah diri.. Cari kelemahan & kebaikan pada diri.. Yang lemah akan cuba kurangkan dan yg baik akan cuba lebihkan..insyaallah. 


Saturday, May 26, 2012

kita tak dpt reverse masa kan..

Assalammualaikum.^





Kalau la masa dpt diputar semula... tak de la susah sgt mcm skrng ni..
kad aku tak hilang, ic ada lg.. ni tidak.. dh hilang kemain susah pulak nak buat yg baru.. pada hal bank lain senang je buat dgn ic sementara.. susahnya.. bank utama aku tu.. sume duit nk keluar, dari bank tu la..
Tapi aku sedar, masa tak dapat di 'reverse '..bila fikir-fikir, semua ada hikmahnya.. ada sebab untuk sesuatu kejadian kn..aku redha..






p/s : mimpi  jumpe balik purse aku..then, realise.. mimpi mainan tidur.

Saturday, May 19, 2012

tentang rasa..

Assalammualaikum.^





Kau lihat aku tersenyum
Bibir yg tersenyum, hati  tak siapa tahu..
Masalah  dipendam 
Menjeruk rasa..



cantik di hati..

Assalammualaikum.^




Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan,
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia daripada masa muda yang abadi,
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan,
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah s.w.t.,
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati,
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti,
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan,
Ambillah waktu unruk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.  


p/s : majalah wanita



Friday, May 18, 2012

Booster # 1

Assalammualaikum.^






' Get into the habit to finish up what you start..'



Wednesday, May 16, 2012

aku malu nak naik bas lg..huwaaa

Assalammualaikum.^



Buat sementara ni pagi-pagi pergi keje mak aku yg hantar...balik pulak aku akan naik bas (tak suka).. Tadi nak dijadikan cite, aku keluar ofis dlm kul 5.45.. Jalan kaki je gi bus station.. Memang dh set bas laluan ke rumah aku tu dlm kul 6 camgitu la dh ada.. Jalan punya jalan..sampai la kt bus station dlm kul 5.55. Aku tgk satu bas pun tak ada..Tunggu la kejap mana tau ari ni bas sampai lambat...Skrg jam dh kul 6.05 ptg..aku mula cuak..tiba-tiba ada satu bas ni dtg..tp tu bukan bas aku..aku tunggu lagi.. Dah kul 6.10, ish tak bleh jadi ni. Aku call mak aku ckp bas tak ada lg..mak aku suh tnya org2 kt situ..belum sempat aku tnya ada la satu bas merah ni dtg...yes, tu diaa bas aku dh mai.. Aku pun naik..pelik, ramai pulak yg naik bus ni hari ni.. selalunya sikit jer.. Ah, tak kisah la..ada gak la peneman..


Bas tersebut mula la memulakan perjalanan dia...pak cik kondukter tu pun memulakan tugas mengutip tambang.. Sampai je pak cik tu kt aku... aku ckp le nk gi tempat sekian2..tiba2 pak cik tu jerit kt pemandu bas tu suh berhenti.."nape cik? " tanya aku.."bas ni tak pergi tempat tu, bus ni gi tempat lain" Errkk..


"bas satu lagi tu kul 7.15 ye dik" perghh..dengan perasaan malunye aku pun melangkah turun di tepi jalan.. Aku dh tak sanggup berpatah balik ke bus station td utk tunggu bas yg seterusnya.. Akhirnya aku call mak aku suh amik.. tamat..


p/s: tak nak naik bas lagi..malu la  nkjumpe pak cik kondakter tu lg...

aku seorang mangsa ragut...T_T

Assalammualaikum.^


Merujuk pada entri yg lepas aku ada bagi tau aku ada buat laporan polis..beg aku dah kena kebas, senang cite beg aku kena ragut...faham.. Lebih kurang kul 6 lebih, lepas aku otw balik rumah dari tempat keje naik motor... Masa kat simpang tiga tu aku perasan dari cermin sisi ada sorang penunggang motosikal ni bawak laju sgt dari arah belakang.. aku buat derk je la.. tiba2 penunggang td tu rapat ngan motor aku then aku tgk je tgn dia capai beg aku... tergamam jap..Kalau la aku cepat aku tendang je motor dia tu..tp aku speechless..jatuh gak la aku..nasib balik saing ngan kawan ofis, kalau tak terkial-kial nk mintak tolong org.. x de cedera teruk sgt, cuma luka-luka je kt tgn.. First yg aku jatuh tu aku check...muka..haha.. tepon mak & ayah aku, diorng ingat aku teruk mcm kt berita tu.. huish, selisih..

Byk la barang berharga kt dlm beg tu...hp merah aku (baru 5 bulan guna, huhu), purse, external hard disk (byk memori2 ngan kwn2 dulu, T.T) & perfume ( ada byk lg..x pasal2 kene beli lg satu).. Dlm byk2 brg, paling aku ralat sekali hard disk tu...banyak  sgt2 gambar aku kt dlm tu..gambar aku konvo pun ada dlm tu..

Buat repot, polis byk tnya pulak.. mcm2 diorng tanya.. kebanyakkan suspek tu aku tak cam sgt.. diorng kata tak membantu sgt aku punya report ni..  tak kisah la tak dpt pun.. aku cuma nk surat repot tu je nk buat ic & lain2 urusan.. polis ada jgk mintak kotak hp aku tu nk ambik nombor kt kotak tu, mana tau bleh trace hp aku kt mana kn.. nasib ada simpan lg. Aku berharap sgt mintak2 la jumpa balik hp aku tu.(harapan je la)

report polis yg aku buat..


Sekarang aku akui mmg ada la rasa trauma tu.. Aku naik kete pun rasa tau, bila ada motor lalu sebelah.. tiba-tiba aku gerakkan badan aku kekiri atau kanan seolah-olah nk mengelak.. Tp perasaan tu aku kena lawan, aku akan naik motor semula..sian mak aku tiap2 ari kena hantar...So, kepada peragut tu...ingatlah mungkin anda terlepas, tp esk lusa siapa tahu kn..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga... Dan kepada kaum hawa yg membonceng motorsikal jgn sesekali mendedahkan beg anda drp pandangan org ramai semasa menungang.. Encik polis tu siap pesan jgn letak beg dlm bakul motor...ingat, ingat, ingat, ingat...


p/s : dlm perancangan membeli kereta...insyaalah..

Thursday, May 10, 2012

Aku masih trauma...kau jahat !!

Assalammualaikum.^




Petang tadi, satu kejadian yg tak diingini telah berlaku..memang kita tak jangka langsung kan, benda dh nk jadi..selalu tengok berita kt tv je..skrg aku pulak yg terkena..


Penat la ari ni, kes ngan polis baru setel kul 10 mlm td..terima kasih kt encik-encik polis yg sudi membantu....


Nak tau apa jadi..? nanti aku ceritakan ea..penat sgt ari ni..maybe esk badan aku sakit2....nasib baik dapat mc.. bermula la ari yg sebuk esk, mcm2 nk kena uruskan....harap aku kuatkan semangat selalu..



Tuesday, May 08, 2012

bagi aku tido 8 jam, bleh ? plzzz.....

Assalammualaikum.^


Dah bebrapa hari dah aku tak cukup tido. Banyak keje oww kene buat..Keje opis bawak balik kat umah..time2 camni memang buzy sikit..nak2 time buat cukai kan..terpaksa la aku bersengkang mata isi borang2 cukai client..Arghh, bila la dpt tidur satu hari 10 jam...mata dh macam mata panda, dah asyik2 tido lambat..nanti mula la sibuk nak cari produk hilangkan lebam bawah mata..tsk,tsk,tsk..cepat2 la masa berlalu..aku dah tak tahan..plzzzz..