Tuesday, December 31, 2013

nafsu terbantut..




Assalamualaikum.. hi ! Nak cite ni..nak cite ni.. Semalam beli satu novel baru.. balik umah excited nak baca.. Bila baca.. baca.. & baca.. satu..satu.. helaian dibelek.. dah sampai tengah-tengah, bahagian klimaks pulak tu.. tiba-tiba kosong.. aku gosok-gosok mata.. takut mata aku yg letih membaca.. tak.. bukan.. mata aku tak letih pun.. tak pe la.. 2 pages je pun yang kosong ( nak sedapkan hati sebenarnye) selak.. selak lagi.. waaaaa.. nak nagis la cenggini.. banyak tu 16 pages semuanya yang kosong !! Nak suruh aku karang sendiri ke sambungan cite yang terputus tu ??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sila sambung cerita ini dengan mengunakan imaginasi anda sendiri..


Sedihnye.. apa perasaan korang kalau tgh syok2 tgk cite drama kt tv tiba-tiba blackout ? Frust kan..Camne ni ? Nak pejam mata, macam banyak plak helaian yg tak ada.. Nak pulang balik buku tu kat kedai.. bleh ke ? Hilang terus nafsu nak membaca..

Saturday, November 09, 2013

Arghhhh..esok dah Ahad !!



Sekejap je rasa balik rumah family ni.. pejam celik, pejam celik.. esok daaahhh hari Ahad. Esok juga la daaahhh kena balik Bangi. Tak suka.. tak suka.. Sementara ada kat rumah Melaka ni.. semua benda nak buat dalam satu hari.. Nak buat tu la, nak buat ni la.. Nak beli benda ni la, benda tu la.. Macam kat bangi tak ada barang tu.. Dan paling penting nak update blog.. Kalau blog aku terupdate, faham-faham la.. tu mesti ada kat rumah Melaka.. Kalau dah tak berupdate, maknanye ada kat Bangi la jawapnye.. kite ni nak pakai broadband pun tak mampu.. tak yah cakap broadband, laptop pun tak de.. nak guna phone plak, ish sedih ah nak cakap.. kite pakai line.. nak pakai mobil data mahal sgt..tsk, tsk, tsk.. hanya mampu pakai wifi opis je..

Balik Melaka ni ingat nak cari baju utk pakai jadi pengapit akak opis lama.. tapi malas pulak nak keluar.. Si bakal pengantin plak tak sempat-sempat aku nak jumpe.. camne tu ? Hai, nasib la kak oii, dapat pengapit busy sangat ni.. sorang kt Melaka, sorang Kat Bangi.. camne tu?  ingat nak tengok la camne warna coklat gold tu kan.. kang pakai salah warna pulak.. rosak majlis orang.. haha..* tak de makna nya sebab kau sorang rosak majils orang, macam bagus je.. 

Oh, cakap pasal jadi pengapit ni.. bedebar-debar jugak lah rasanye.. kalah pengantin yang nak kawin. haha.. First time.. aku ulang, first time. Ok, nyanyi sikit...

 " Banyak soalan bermain di minda .. banyak kata tanya dan jugak kata kerja.. "

Camne eh jadi pengapit ni.. kena sentiasa kepit pengantin eh.. kipas-kipas sikit, payung-payung sikit, lap-lap peluh sikit.. cenggitu eh.. eh, camne ni.. Arghh tak tau.. tak tau !!


Kasut Tak Berdosa..





Korang pernah gigit kasut ? Eh, ntah apa-apa ntah soalan ni yek.. Ok, straight to the point la ye.. petua ni aku baru first time dengar.. kelakar bagi aku.. Tak tau la korang dah pernah dengar ke dari siapa-siapa ke.. mana tau aku sorang je yang ketinggalan kan.. Ok, here we go.. aku baru beli kasut sukan, yg kononnya nak pakai buat panjat Broga.. tapi cancle aku pakaila buat jogging.. lps dah sudah jogging tu kaki aku rasa macam lenguh-lenguh. Aku cite la ngan member umah aku.. dia tanya la ko tak gigit kasut tu eh sebelum pakai ? Aku kasut sekolah aku dulu aku gigit sampai berbekas tau.. Hah ! gigit kasut ? 

Ini sangat lawak.. aku gelak ah. Dia cakap orang dulu2 cakap tu konon nak ajar kasut tu supaya tak sakitkan kaki kita.. Konon macam ni ah sebelum ko gigit aku, aku gigit ko dulu. 

Aku tak salahkan orang dulu-dulu.. tapi kalau kita yang orang zaman moden dah berpendidikan ni nak jugak ikut petua tu... eh come on la.. boleh pikir sendirikan.. ish lawak... lawak.. kesian kasut tu awak gigit..

Wednesday, October 30, 2013

Keep calm & do workout



Squats, lunges, jumping jack, crunch.. ni le workout yg aku buat sejak kebelakangan ni.. Eh, asal tetiba je ni ek? Baru-baru ni jgk ada la selak-selak instragram jumpe akaun fltness.. kira lps tgk, keterujaan tu pun tiba-tiba dtg..
Ala, badan aku ni kurus je.. buat workout pun sebab nak fit.. sihat & cergas.. biar kasi berotot sikit.. best buat workout ni.. mana yang stress2 bleh cuba buat.. korng cuba la tgk instragram fltness ni.. dari situ le aku mula kenal nama2 workout td tu.. banyak jenis sebenarnya. Setiap workout ada la kebaikan dia kt certain body..

Gambar ni namanya burpee workout.. ni utk peha & abs.. nak jd cite mcm mana ntah bleh plak bedarah-darah buat benda alah ni.. haha. Umah sewa aku ni dia punya siling rendah.. So jarak kipas dengan lantai lagi la rendah kan.. bila aku jengket sikit je dh bleh capai ko.. masa lompat tu le x prasan kipas tgh pusing laju-laju.. apa lg kipas tu pn mengeluarkan bunyi klentung... aduh bedenyut tau.. nasib x putus. Hati-hati tau kawan-kawan.. Jangan exited sgt sampai jd cenggini haa..

Tuesday, October 15, 2013

Lesson for today

Huh.. Bengak rasa hati ni. 
'Ahhh, rasa nak menangis pulak dah. Don't ! Malu kau nanti.
Sedih. Jari masih ligat menaip. Menyambung kerja yang terpause sebentar tadi. 
Bodoh ! Siapa..? Mereka..
Mereka yang rasa mereka dulu yang makan garam di sini.. yang tau segala-galanya.. mereka selalu betul.. kita yang selalu salah.

Hhmm.. Pepatah kata, jangan menilai buku melalui luarannya. Maafkan saya. Saya tak dengar kata pepatah. Tak sangka, luaran baik, tapi dalamannya hmmm.. tertipu. Ingat dia lah penyelamat kita.. tapi rupa-rupa sama naik dengan yang lain. Malah, dia yang paling teruk !

Itu pengajaran untuk hari  ini. Belajar dari kesilapan. Tak semestinya orang yang tersenyum dengan kita tu dalamanya suci lagi murni.. Mana tahu, dalamannya terlalu banyak agenda yang tersembunyi lagi menakutkan.. Wallahualam.


p/s : makan hati berulam jantung.. tak sedap langsung !






Monday, September 16, 2013

nothing




Balik rumah
Bukak PC
Search www.blogger.com
Log in
Tengok bahagian reading list
Hmm.. banyak yg dah tertinggal
Tekan create new post
Tenung jap monitor
1 minit, 2 mint, 3 minit
Ah, sudahlah
Tekan save tekan close



p/s : alangkah bagus kalau idea bersepah-sepah macam sampah...






Sunday, July 14, 2013

Solat tarawikh berjemaah.. jom !

Hi, salam Ramadhan semua.. first day ramadhan ari tu tak sempat nak ucap.. ari yg kelima puasa pun boleh la kan.. maklum la org bizi plus tak de tenet kt umah sewa.. dah balik umah famili ni barulah pulun abis buat entry...kihkih.

Alhmadulillah, solat tarawikh masih mampu dilaksanakan.. syukur.. kalau boleh tak nak tinggal solat tarawikh berjemaah* saya pompuan, saya tau bila masanya, ehem.. sebulan sekali je kot.. peluang yang ada ni tak boleh nak sia-siakan.. biasa tahun-tahun lepas buat 8 rakaat je.. tapi tahun ni cuba gagahkan buat 20 rakaat plak sebab masjid dekat ngan umah sewa ni buat 20 rakaat.. sape yang tahan.. ada la dia kt situ sampai habis solat. Kalau tetiba tgk org tu dah hilang, hmm faham-faham la kan.. Tapi respect la kat sorang makcik ni.. kaki dia sakit, tapi tak nak pakai kerusi.. dia ckp dia nak biasakan tak guna kerusi, nak kuatkan kaki dia.. lebih-lebih lagi di boleh bertahan tau sampai habis 20 rakaat..Subahanallah..

Cakap pasal solat berjemaah ni, rupa-rupanya ada jugak sesetengah org yang tak tau lagi cara rapatkan saf..

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan “Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.”

Faham kan.. penuhkan barisan kanan dulu berbanding kiri dan tak boleh buat barisan baru jika barisan pertama belum penuh lagi... Benda ni penah jadi.. ada lah mak cik sorang ni.. *jap.. tarikh nafas dulu.. geram lagi nih.. Ok, sambung balik cite.. Mak cik ni... ok, mak cik ni kan.. dia kan.. eh, tak yah la cite.. tak baik lah bulan pose ni ngumpat orang kan.. biarlah dengan mak cik tadi tu.. hihi.. Selamat berpuasa semua...


Wednesday, June 05, 2013

Alhamdulillah..

Hi.. rasa kejap je..4 hb Mac rasa mcm semalam je, tup2 dah 5 hb Jun dah..Maka dgn ini tamatlah tempoh pemerhatian yang amat mendebarkan.. nak kena jadi budak baik untuk 3 bulan tu sgt2 mencabar. Dan kini.. semuanya dah terjawab.. Alhamdulillah. Kini dah berstatus tetap ni rasa makin bersemangat pulak.. :-)

Terima kasih.. saya akan keje dgn lebih gigih lagi..

p/s fuhh.. dah bleh hembus nafas lega.. :-D owh, dh lama x update entry kan..

Monday, April 01, 2013

kehidupan baru


Pejam celik dah hampir sebulan  menetap di Bangi.. Menjalankan kehidupan baru di sana.. Tinggal menyewa ni sedia maklumlah.. kelengkapan rumah memang amat menyedihkan.. dgn internetnya tak ada tak dpt la nak update blog selalu.. sedih.. tp gigih jgk buat entry guna hp..haha.

Well, dh sebulan jgk saya bekerja di tempat baru.. alhamdulillah, semua ok.. berbeza sgt suasana kerja kt sini dgn yang dulu.. ramai pun ramai.. seronok sangat.. dkt sini semuanya baru bagi saya.. drive sorang2 bila balik kampung, kena tempuh jem sampai langgar bontot kereta org..masak sendiri mcm hidup berumahtangga pulak..hoihoi..

Semuanya best.. semua tu saya anggap sebagai pengalaman.. pengalaman mematangkan kita. Tapi satu je yg tak best, duduk berjauhan ngan family ni kadang-kadang menggamit rindu..tsk..tsk..
Tapi x pe lah, saya yg buat pilihan ni dan saya dh tau risikonya.. jadi saya redha dgn berbekalkan niat yg suci.. cari rezeki yg diredhai..

Monday, February 25, 2013

1 Mac 2013 kehidupan baru bermula..





Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mendengar.. Ingat lagi pada wishlists 2013 saya ? Alhamdulillah, salah satu antaranya dah tercapai.. Yea !! Saya dah dapat kerja lain.. Walaupun jauh nun di Bangi sana, saya redha.. rezeki saya mungkin  kat sana.

sempat snap-snap walaupun lepas ni turn kita pulak.

Pagi 14 Feb 2013, saya dtg untuk interview.. petang tu juga masa sampai Melaka saya dapat panggilan.. Alhamdulillah, saya diterima !! Rasa nak senyum sepanjang hari. 1 March ni akan mula jadi org Bangi. First time hidup berjauhan ngan family di negeri luar Melaka. Saya nervous, saya takut. Tapi tak pe saya kena kuat.. nak jadi superwomen kan..

Dan akhirnya berjaya jugak hulur notis berhenti pada dia. Alhamdulillah, tak ada sebarang drama yang berlaku macam staff yang lepas-lepas. Takut sebenarnya untuk cakap yang saya dah bebas.. sebab ini mungkin hanya permulaan. Mungkin ada lagi cabaran yang menanti, malah mungkin cabaran yang lebih besar lagi. Huh, minta dipermudahkan segala urusan dan sentiasa kuat. Amin.




Wednesday, February 06, 2013

Segmen: Ayu's Felt Craft


Tak ada cerita nak diceritakan.. tapi hari ini nak join segmen ni :



Comel-comel craf felt dia tau... kreatif !!

So, dengan itu kalau korang nak dapat hadiah daripada Ayu's felt craft product, korang kenalah...

1. Ambil banner tempek kan ke blog dan link kan ke entry ini. Jangan lupa tulis tajuk entry: Segmen: Ayu's Felt Craft

                                  3. letak kan link entry penyertaan anda di bahagian comment


Amacam..? mudahkan..

Owh, cepat-cepat.. tarikh tutup 16 Februari 2013 






wordless wednesday #2--yup, betul sangat.


Tuesday, January 29, 2013

Kuat kuasa kuda...

        Saya perlu kuat...kuat..kuat..kuat & kuat.. ya, saya perlukan kelima-lima kuat tadi bergabung untuk menjadi super kuat.. Bukan kuat badan berotot-otot mahupun kuat untuk mengangkat benda-benda berat... Ini kuat dalaman (hati) yang saya maksudkan.. dan hati itu menyalurkan perasaan..

        Untuk apa saya perlu kuat..? Notis !! Lima abjad yang berlainan  menjadi satu perkataan dan satu maksud. Hanya kerana sehelai notis.. saya terpaksa mengumpulkan berjuta-juta mungkin berbilion-bilion kekuatan. Kalau kekuatan itu dapat saya sedut dari manusia.. saya rela berlaku kejam.. menyedut dengan rakus. 

Ya Allah.. permudahkan lah ia.. lembutkan hatinya..


Monday, January 28, 2013

cukuplah..berhentilah..

"Ish, tak sabarnya nak cerita dekat kau apa yg dia ckp pasal kau.."

Ayat itu... keluhan dilepas.. sudah faham apa yang bakal termuntah dari rahang..

Terkadang seperti tak sabar untuk mendangar.. Tapi dah didengar hati rasa dirabak-rabak.. menyesal.

Cukuplah.. terkadang hati berkata "jangan kau dengarkan dia.." Tapi nafsu ingin tahu itu terlalu kuat..

terkadang aku tahan.. terkadang aku tewas.. Kalah.

Sudah lah kau.. berhenti. Kau sangka kau malaikat.. tapi sebenarnya syaitan..

Friday, January 25, 2013

hari itu

Maaf, kawan..
bukan tak mau berjumpa
tapi ada sesuatu tak mengizinkan kita

Ah, dalam setahun ada 365 hari..
pilih saja mana-mana ..
tapi maaf bukan hari itu..

Aku juga kangen..
kangen sama kamu..
sabar ya..
satu hari nanti kita jumpa..





Kawan Baru


Saya dah ada kawan baru.. bukan orang tapi kawan flora. Comel-comel belaka. Yang satu tu spesis cactus tapi yang satu lagi tu tak pasti apa nama dia.. beli masa cuti akhir tahun dekat Cameroon. Daripada banyak- banyak jenis  yang ada kat situ.. cuma beli dua je.. Hihih, rambang mata. 




Yang ni letak dekat office.. jadi peneman saya buat keje.. yang ni comel, ada duri-duri halus dekat hujung.. dari jauh nampak macam bunga. Tapi kan, tadi datang tengok dah rosak separuh.. sebahagian duri macam  kena cabut.. siapakah yang punya angkara?


Yang ni pulak letak dekat meja dalam bilik.. dari sudut pandangan atas nampak macam bunga ros. Tapi ni pun dah terputus satu dia punya daun.. terlangar pagi tadi. Sorry ye, saya tak sengaja :'(


Masa tengah pilih-pilih pokok ni ada dengar aunty cina dekat sebelah ckp pokok ni bagus bagi dekat kawan sebagai tanda persahabatan.. owh, tapi saya kedekut.. beli dua je untuk diri sendiri..hihi.

Wednesday, January 23, 2013

kembali hebat


Permulaan tahun biasanya ia kembali.. kembali busy. Yup, kena atur strategi, 'buku' strategi yang aku karang tahun lepas harus dibuka kembali.. tatap satu-satu. Huh, semoga kembali hebat, hebat seperti tahun dulu-dulu. Semangat, semangat & terus bersemangat.. walaupun semangat itu hanya tinggal sisa. Owh, aku kembali hebat bukan sebab 'kau'.. tapi sebab aku mahu hebat untuk diri aku..



bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. tak nak mengeluh, mengeluh bukan dapat apa-apa pun..


p/s : Eh, ada orang review blog kita la.. terima kasih ye Nabila Aziz.. ^__^

Thursday, January 17, 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak Yang Mampu








Photobucket
klik banner

Dengan rasa berbesar hatinya saya ingin menjemput saudara & saudari untuk menjoinkan diri ke segmen ini. Apa tunggu lagi.. moh le join.. senang je, semudah ABC. Saya nak kenal dengan awak, awak, & awak.. owh, boleh jugak tambah bilangan follower yang sedia ciput macam follower blog ni T3T


R.A.S.A




penat
melayan rasa
rasa yang terpahat
membuatkan aku tidak larat


rasa itu kini kuat terasa
rasa yang lama dirasa
rasa yang kau tak pernah rasa
biarkan aku sorang yang merasa



terasa seperti s____h






Wednesday, January 16, 2013

wordless wednesday #1--miss this land




Wednesday, January 09, 2013

Simple Giveway by FD

Tuesday, January 08, 2013

simple giler blog aku nih..

Assalammualaikum.^


Tahun baru, blog baru. Blog yang berkonsepkan suci dalam debu? Mungkin ini merupakan salah satu proses kematangan ? Ah, merepek. Blog kartun-kartun tak semestinya kebudak-budakan.. Sebenarnya malas nak edit bagai.. ini kira malas sangat la ni. Ni pun macam tak lengkap lagi. Macam ada yang kurang. eh, malas la nak private blog lelama.. Konon bajet private nak suprisekan org, nak buat blog lawa-lawa... phuii..  simpleee jeer.

Wednesday, January 02, 2013

WISHLIST 2013

Assalammualaikum.^


1 hb 1 2013 dah pun berlalu.. cakap pasal tahun baru ni nak jugak aku cite pasal azam... Eh, x mau, nak tukar.. azam kepada wishlist.. sesuai sikit kot. Bukan apa, azam aku dari tahun sebelum-sebelum x semua tercapai.. malas nak heret ke tahun ni pulak.. Azam tu sendiri bermaksud kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yg sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya)-kamus dewan.. So, aku ni x de la kemahuan yang sgt kuat, aku tukar lah azam tu kepada wishlist je..


Ok, tahun ni banyak yang aku nak capai..ni kira main wish la.. antaranya -:


1. Beli handphone baru.. jeles tgk abah beli galaxy Note II semalam.. tp bukan hp tu la, mahal kot.


2. Beli notebook (jadila..).. percaya tak aku tak pernah ada laptop sendiri, kepunyaan sendiri & hak milik sendiri ?? Time aku belajar pun aku pinjam laptop abah. Aku selalu bukak internet pun guna pc 'awam' dkt rumah.. tak privacy langsung.. nak bukak internet bleh plak adik aku duk sebelah tunggu turn.. 


3. Cari rezeki dekat tempat lain.. rezeki di mana-mana, insyaallah.


4. Save more money.. untuk kecemasan. Sakit pening nanti ada la penyelamat kan.

5. Sentiasa bersyukur dgn apa yg ada, jangan membazir.

6. Cari jodoh ? ^



Insyaallah.. Akan cuba yang terbaik untuk merealisasikan impian di atas.. Kita hanya merancang.. Allah S.W.T yang menentukannya.