Wednesday, January 18, 2012

Jikalau itu tadirnya...aku redha..





Antara kerjaya sekarang & sambung study..keduanya berlegar memenuhi ruang fikiran. Padat. Hasrat hati untuk sambung degree pernah wujud tapi tak pernah terluah kat abah. Bagai ada batu yang menindih lidah. Ah, kalau aku tak punya hati perut..dah lama aku teruskan. Aku kasihan sebenarnya..kasihan pada abah..ada 6 mulut untuk dia suapkan ditambah abang yang kat utara study & kak cik yang bakal masuk u lepas result SPM dia keluar..Bila mak cakap " org perempuan setakat diploma pun dah cukup dah..." aku tau ada maksud yang tersirat kat situ..Aku faham..mungkin dgn kerja aku skrng ni cukup melegakan abah..mungkinkah? Aku rimas..mulut tempayan boleh ditutup..mulut org..bolehkah?? "tak nak sambung blajar ke?" jenuh untuk aku jawab...Biarlah, aku anggap mereka tak tau. Tunggu sajalah untuk hari nanti-nanti. Biarlah aku blajar guna wang sendiri. Aku takut jika aku mahu tapi abah merelakan tapi dalam paksa...aku takut hati tidak bersedia...takut nanti dipertengahan medan perperangan aku kalah, menyerah. Hati mestilah se ia sekata. Jika hati tak rela, semua jadi tak kena...Biarlah masa yg menentukan..Biarlah, selagi aku bahagia.

No comments: