Sunday, July 14, 2013

Solat tarawikh berjemaah.. jom !

Hi, salam Ramadhan semua.. first day ramadhan ari tu tak sempat nak ucap.. ari yg kelima puasa pun boleh la kan.. maklum la org bizi plus tak de tenet kt umah sewa.. dah balik umah famili ni barulah pulun abis buat entry...kihkih.

Alhmadulillah, solat tarawikh masih mampu dilaksanakan.. syukur.. kalau boleh tak nak tinggal solat tarawikh berjemaah* saya pompuan, saya tau bila masanya, ehem.. sebulan sekali je kot.. peluang yang ada ni tak boleh nak sia-siakan.. biasa tahun-tahun lepas buat 8 rakaat je.. tapi tahun ni cuba gagahkan buat 20 rakaat plak sebab masjid dekat ngan umah sewa ni buat 20 rakaat.. sape yang tahan.. ada la dia kt situ sampai habis solat. Kalau tetiba tgk org tu dah hilang, hmm faham-faham la kan.. Tapi respect la kat sorang makcik ni.. kaki dia sakit, tapi tak nak pakai kerusi.. dia ckp dia nak biasakan tak guna kerusi, nak kuatkan kaki dia.. lebih-lebih lagi di boleh bertahan tau sampai habis 20 rakaat..Subahanallah..

Cakap pasal solat berjemaah ni, rupa-rupanya ada jugak sesetengah org yang tak tau lagi cara rapatkan saf..

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan “Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya.”

Faham kan.. penuhkan barisan kanan dulu berbanding kiri dan tak boleh buat barisan baru jika barisan pertama belum penuh lagi... Benda ni penah jadi.. ada lah mak cik sorang ni.. *jap.. tarikh nafas dulu.. geram lagi nih.. Ok, sambung balik cite.. Mak cik ni... ok, mak cik ni kan.. dia kan.. eh, tak yah la cite.. tak baik lah bulan pose ni ngumpat orang kan.. biarlah dengan mak cik tadi tu.. hihi.. Selamat berpuasa semua...


No comments: