Sunday, August 12, 2012

kuatkan semangat..semua tu ujian Allah..

Assalammualaikum.^

Terasa mahu menangis. Sedih. Aku tatap wajah cengkung dia. Tangannya kurus kering. Di situ dia terbaring. Lesu. Lemah. Longlai. Dipejamkan matanya tatkala mahu menelan air. Aku tahu dia sakit menahan derita. Aku tahan air mata. Ku lihat anak-anaknya tenang. Cukup tenang. Mungkin telah di sorokkan kesedihan disebalik ketenangan mereka. 

Aku imbas kenangan lalu. Ketika dia masih sihat, bertenaga. Kini hanya terbaring tak bermaya. Telah lama kesakitan itu dipendam. Hingga kini bernanah dalam diam. Parah. 

Ya Allah, panjangkan umur dia. Sembuhkan lah dia.. Biar dia dan keluarga gembira menyambut hari raya ini.. Biarkan dia dapat bergerak bebas seperti dulu.. Biar dia dapat berjalan beraya bersama kami.. Dari satu rumah ke satu rumah. Seperti dulu. Aku lihat dia, aku juga lihat abah. Masing-masing sudah tua. Takut. Takut kehilangan.

Terdiam aku mengenangkan dia. Sehingga terlupa dengan nikmat Allah. Sihat... sebelum sakit...




p/s : mak lang.. semoga cepat sembuh.. kuatkan semangat..

No comments: