Sunday, October 05, 2014

kumpul




      Ching.. ching..ching.. bergema ruang bilik memecah kesunyian. Dia tersenyum. "Sedikit sahaja
lagi", lembut tapi jelas kedengaran. Senyum kembali. Dia mengangkat botol kaca  tersebut tinggi-
tinggi. Berat. Dia mengeluh. "Hanya beberapa keping lagi, sabar ya". 

      Sudah lama dia mengumpul. Tidak pernah lupa dia untuk mengisi syiling-syiling berwana perak
dan emas kedalam botol kaca itu setiap hari. Tiada satu sen pun ditinggalkan di dalam dompetnya,
semua dia masukkan dalam botol kaca itu. Hatinya berbunga-bunga setiap kali botol kaca itu 
makin banyak isinya. Kala tiada berbuat apa-apa, dikeluarkan isinya dikira satu-satu. 

      Dia punya hasrat, punya harapan. Dia sedar, dia bukan anak orang kaya yang petik jari sahaja 
dapat apa yang dipinta depan mata. Jadi dia harus cermat, jimat. "Sikit sahaja lagi.." katanya penuh berharap. 

           

Monday, September 15, 2014

Ayokkk.. dah lupa dah..


Buka blog, konon nak `make over' blog berakhir ngan blur.. tak tahu & lupa camne nak edit html. Terkebil-kebil pandang skrin. Tu la, sape suruh lama sangat tak berblog kan... lupa dah kod2 yang selalu guna... yang ingat cuma cara tukar background je. Terpaksa la `ulangkaji' semula `subjek' blog ni ek. Hadoi.

Dah tu, bila dah tukar background, kena la pula tukar header (ingat lagi istilah ni).. dah tak cantik dah header tu, dah tak sesuai, tak relevan. Tapi nak tukar header kena guna photoshop pulak. Photoshop plak tak ada install dalam laptop ni.. satu keje lagi nak buat guna pc sebab kat situ je ada photoshop. Fuh, masa dah la tak ada sangat ni. Nak study ni kena ambil masa. Ish.. ish.. camne? Banyak alasan kan.

Ehem.. sebenarnye aku malas.. tu je.. keh, keh, keh.