Sunday, October 05, 2014

kumpul




      Ching.. ching..ching.. bergema ruang bilik memecah kesunyian. Dia tersenyum. "Sedikit sahaja
lagi", lembut tapi jelas kedengaran. Senyum kembali. Dia mengangkat botol kaca  tersebut tinggi-
tinggi. Berat. Dia mengeluh. "Hanya beberapa keping lagi, sabar ya". 

      Sudah lama dia mengumpul. Tidak pernah lupa dia untuk mengisi syiling-syiling berwana perak
dan emas kedalam botol kaca itu setiap hari. Tiada satu sen pun ditinggalkan di dalam dompetnya,
semua dia masukkan dalam botol kaca itu. Hatinya berbunga-bunga setiap kali botol kaca itu 
makin banyak isinya. Kala tiada berbuat apa-apa, dikeluarkan isinya dikira satu-satu. 

      Dia punya hasrat, punya harapan. Dia sedar, dia bukan anak orang kaya yang petik jari sahaja 
dapat apa yang dipinta depan mata. Jadi dia harus cermat, jimat. "Sikit sahaja lagi.." katanya penuh berharap.