Wednesday, February 29, 2012

hi new staff....welcome to the office !!

Assalammualaikum.^




Seronok sgt ari ni...sepatutnya perasaan seronok tu esok, tp dh diawalkan hari ni plak..hehe.. Ari ni aku dah dpt kwn baru a.k.a pekerja baru kt ofis ni..yea pekerja sebaya ngan aku..akhirnya.. 

Pagi td aku dtg pukul 9.00am, lmbt sikit drp biasa..dtg ofis nampak sepasang kasut, dlm hati sempat puji kasut tu cantik.. and then masuk, tgk pekerja baru tu dh sampai awal dari aku.. "Eh, bukan dtg esk ke?" aku tanye dia.. "saje je datang awal, kang esk tak tau apa-apa " lbh kurang mcm tu la dia jwb..orangnya kecik-kecik je..manis pun ada.. 

Td jgk bos buat meeting tergempar kata ko, untuk bagi-bagikan tugasan..dan alhamdulillah kerja aku dah ringan sikit sebab dah bagi kt pekerja baru tu...hahahahaa

Hii, orang baru, opps.. nama dia Asmah, welcome to the office..and, and..nice to meet u..

Monday, February 27, 2012

Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah

Assalammualaikum.^


Siapa nak hadiah dari korea...angkat tangan!! Hee..kalau korng nak..jom kita join Giveway ni
.
.
.
.


Souvenir istimewa dari korea bagi 3 peserta yang bertuah..


yuk join ...kalau mau join klik aja disini ya..

Tuesday, February 21, 2012

Peraduan awesome untuk si Photoholic....

Assalammualaikum.^



Untuk meraikan pelancaran kamera Nikon baru 1, Nikon Asia sedang menjalankan peraduan 
" I AM A Motion Hero Contest "      
dari  14 Februari  hingga 10 April. Sertai peraduan untuk peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Nikon 1 J1 kamera, Nikon 1 kamera V1, unit GPS, adapter F-mount, Speedlights dan banyak lagi!


Peraduan ini dihoskan oleh Nikon Hong Kong Ltd ("Nikon Asia"), pusat pemasaran antarabangsa Nikon untuk rantau Asia.


Peraduan  dibahagikan kepada 3 kategori :

FLOATING  - Defy graviti! Mewujudkan satu ilusi orang dan objek "terapung"  dengan menangkap gambar  di udara.

PLANKING   - Jadilah sebahagian daripada fenomena planking, di mana imej-imej orang yang berbaring telungkup ke bawah di atas tanah di lokasi yang luar biasa.

CREATIVE MOTION  - Biarkan kreativiti anda bermaharajalela. Dalam kategori Motion Creative, tidak terdapat sebarang had!

Anda minat photografi, jom sertai peraduan yang awesome ni..!! Untuk maklumat lanjut dan contoh-contoh gambar peserta lain TEKAN SINI !!

A little kids make-up tutorial- jom ikut..

Assalammualaikum.^






Alolo..rasa nak cubit je pipi adik comel ni...kecik-kecik dh berangan nak make up..maybe satu hari nanti dia bakal jadi make-up artist yg famous...haha..comel je time nak pakai lipstick tuh..awwww...

Monday, February 20, 2012

ishhhh..karut je tu...

Assalammualaikum.^




       Sejak aku start bekerja, baru aku sedar masih ada lagi orang melayu yang percaya dengan kepercayaan karut...Ada sorng kakak ni, hidupnya seiring dgn  berlandaskan kepercayaan mcm ni.. Masa aku jatuh motor dulu penah aku ceritakan padanya yg motor yg aku naik tu dah banyak kali accident dari ayah aku, abang seterusnya aku.."masa beli dulu tak mandikan motor tu ke.."katanya..aku tak reti nak menjawab pada pertanyaan sebegitu..Dan semasa kakaknya khawin dia ada  cakap bajunya jadi mangsa kena baling atas bumbung bertujuan supaya hujan tak turun..pastu masa aku selesai makan, dia tiba-tiba letak air minuman dia kt dlm pinggan aku.." lepas mkn kena letak sikit air, biar rezeki sentiasa mengalir" hmmm..ada satu hari tu burung gagak bunyi bising sgt depan kawasan ofis kitaorng..."ish, akak takut la bunyi burung ni, mesti ada orng nak meninggal la ni.." dan aku.... sekali lg terdiam..

See, ada lagi orang melayu yg percaya benda-benda mcm ni walaupun dah lama moden..


p/s : tak payah percaya benda-benda camni, ok..percaya pada Allah,  yg mennentukan segalannya..

Saturday, February 18, 2012

lembaga misteri..eee takutnya!!

Assalammualaikum.^




Cuba korang bayangkan...korang sekarang berada di dalam kereta bersama sorng lagi kawan di trafic light tgh menunggu lampu merah bertukar warna..dalam masa menunggu tu, mata korang melilau melihat keadaan sekitar..tiba-tiba sewaktu itu korang perasan pokok-pokok bunga raya berhampiran korng  bergoyang dgn kencang.. korang semakin pelik.. korang amati dari mana punca yg mengerakkan pokok tersebut...korang amati kiri, kanan, bawah..alamak !! korng ternampak sepasang kaki betul-betul di celah pokok tersebut..ya, betul..kaki..bukan kaki ayam, itik, lembu & sbgnya tp kaki manusia !!  Korng teruskan amati kaki itu..berkulit gelap ..mata pelan-pelan beralih keatas dan baru korang sedari yg empunya kaki tersebut tidak berpakaian dgn kata lain BOGEL !!! Arghhhh..dan ketika itu juga korng nampak tangannya bergerak-gerak memegang ranting-ranting pokok tersebut seolah-olah sengaja menarik perhatian...dan korng tau situ lah puncanya..

Peristiwa ini benar & telah aku alami..siyes memang meremang bila pikir2 balik..mana tak nya, pokok bunga raya tu memang betul-betul sebelah aku..dan muat-muat 'lembaga' duduk kat celah pokok-pokok bunga tu..terus suruh kwn aku tu kunci kereta yang sememangnya dh berkunci...fuhh nasib baik aku ngan dia tak bertentang mata..kata kawan aku 'lembaga' tu balut muka dia dan cuma nampak mata je..tapi yang paling penting........aku tak nampak 'ttteeett' dia..alhamdulillah..

Thursday, February 09, 2012

penangan BOTOX tak menjadi..

Assalammualaikum.^


Botox sinonim dengan kecantikan..Tadi aku ada la try buat suntikan botox..alamak..x menjadi plak..ingat nak suntik botox tu kat bibir biar jadi mcm bibir Angelina Jolie..
.
.
.
.
.
.
bibir seksi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraa..

ni la penangan Botox yang tak menjadi tu..haha..percaya tak? haha..tak de maknanya aku nak buat Botox tu..mengarut je..ni sebenarnya sebab serangga mana ntah cium aku..gatal..tengok apa dah jadi ngan bibir aku..alang-alang bagi la dua-dua belah, ni separuh je..cisss..

Aku skrng ni tgh risau camne nak pergi keje esok..alamak, malunye..!! Kurang ajar punya serangga..!!!



Wednesday, February 08, 2012

senyum tak perlu kata apa-apa..

Assalammualaikum.^


" Kacak luar..kacak dalam..kacak dengar sini..kalau saya senyum..awak mesti senyum sekali..." dah nyanyi..? bagus..nak tanya la ni..susah sgt ke nak senyum..? rasanya tak penah dengar lagi penyakit alergi senyum..kalau senyum, bibir berkudis..tak de kan..
Tak paham la orang yang tak reti senyum ni.. kita iya-iya senyum kat dia bukannya nak senyum balik..alahai..senyum sikit pun jadik la..tak payah la buat muka kelat cenggitu..senyum kan sedekah..!

Bagi orang yang susah sgt nak senyum 2, meh sini nak ajar sikit cara-caranya :


1. Mula-mula renggangkan otot-otot mulut anda..tak kisah la nak buat camne pun..nak nganga pun bleh, nak     terjuih pun bleh..
2. Dah sudah, tarik hujung bibir kanan ke arah telinga kanan.
3. Kemudian, tarik pula hujung bibir kiri ke arah telinga kiri.
4. Anda kena tahan seketika, kemudian lepaskan tangan anda tetapi kekal kan keadaan bibir anda ketika itu..

haaa..senang tak..? mudah je kan


Ni lagi upgrade, SENGIH..kalau nak macam ni kena banyak-banyak praktis la yer..hehe..1,2,3, SENYUM!!



Saturday, February 04, 2012

biasakan dirimu..hidup perlu diteruskan...

Assalammualaikum.^



DOA KETIKA DUKACITA & SEDIH


Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.



Hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah..itulah lukisan alam kan.. (mcm pernah dgr ayat ni..lagu eh?)
Pagi-pagi mood tak beberapa nak ok..macam-macam hal la..aku kena biasakan diri..tak selalu kita happy, so...pandai-pandai la pujuk diri, betul tak?
Lama-lama kau akan biasa..biasa dengan mainan dunia..biasa mengawalnya..
Jagan lupa pada-NYA..
ketika berduka mahupun gembira..
kerana dengan mengingatinya membuatkan hatimu tenang..
sentiasa..





Friday, February 03, 2012

Argh..stress..!!

Assalammualaikum.^




Sakitnya hati..bila diri dipermain-mainkan..
disuruh itu dan ini..
seperti budak dispatch lagaknya
alasannya mudah tapi tak dapat aku terima..
menyambung & menghabiskan kerja sisa orang..
kerja kau..aku yang buat..
Kerja aku..? ntah bila akan siap..
Time kau, kau minta bantuan..
aku tolong..kau senang hati..
Time aku..? kau pura-pura sibuk..
ciss, dasar tak tahu diuntung.
sekali kau buat begitu..
dua kali aku menyampah dekat kau..
wah, aku marah,
kau suka..begitukah sikap kau?
Setiap kali kau mengadu..
aku sudi mendengar..
Tapi bila aku..?
kau mula mengejek-ejek..
ah, kau memang..
tak sedar diri..!!


p/s : nasib baik ada milo sejuk..sejuk sikit hati aku..wekk : p

Thursday, February 02, 2012

Aku pun mahu itu..!!

Assalammualaikum..^



Bila bukak je FB berlambak-lambak status mcm kt atas nih."dapat sambung degree"..wah, aku sekadar tumpang gembira..Jikalau itu aku...



Tgk la kwn2 aku nih..kemain sibuk lagi masing-masing..aku tumpang gembira buat mereka..bestnye dpt berkongsi-kongsi cerita berkongsi-kongsi kegembiraan..aku? x penah mohon pun..ntah..ada yg menyuruh, tapi aku je yg malas..nak tau jgk kn aku dpt ke x..mana tau kan ada rezeki..bleh je aku pujuk2 ayah aku..

Tp kebanyakkan kwn2 aku dapat UNIMAS..fuhh, terbanglah mereka ke Sarawak..bermain-main dgn sumpit dan bergaulah mereka dgn orng2 iban, bidayuh dan sbgnya..ececeh..gurau jer..x de keje nak main ngan sumpit..apa-apa pun GOOD LUCK buat mereka..semoga berjaya dengan cemerlang..



Fenomena Ustaz-Ustaz Berstail...

Assalammualaikum..



Kenal tak sape ni?? ye..ye.. Ustaz Azhar Idrus.. aku suka tengok video ceramah dia..abg aku la yg selalu bwk video2 dia yg pekat cakak ganu (cakap terengganu)  bila dia balik bercuti.. dulu masa aku tinggal dekat Terengganu,  ustaz ni blm femes lagi..bila aku dah pindah duk Melaka baru dia nak femes eh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni plak..kenal tak..? Korang mesti kenal kan..Ustaz Don..sejak akhir2 ni dia semakin meningkat naik dimata masyarakat..suka tengok rancangan dia 30 Minit Ustaz Don saluran TV Al-Hijrah. Sepatunya rancangan agama mcm ni dipanjangkan lg kan..30 minit mana cukup..cara dia menyampaikan dakwah dgn stail yg tersendiri dan bersahaja mungkin salah satu faktor beliau disenangi oleh orang ramai..

Dan melihatkan keadaan ini..aku mula sedar masih ramai lagi yang menerima  dakwah agama sebegini..dan syabas diucapkan kepada para2 ustaz yang sentiasa berdakwah, sesungguhnya perbuatan  anda itu sanggatlah mulia di sisi ALLAH S.W.T 


p/s : teringin nak dengar ceramah diorg secara LIVE..boleh ?